Jumaat, 31 Oktober 2014

Balik Kampung


Semasa otw pi masjid untuk solat Subuh, dapat sms dari adik suruh balik tengok-tengok mak. Serta merta hati aku tidak tenteram.

Dari semalam dah rancang nak tengok mertua di Taman Buah Pala sebenarnya. Sekaligus bawa abah pi solat Jumaat kat Masjid At Taqwa, Taman Saadon. Itu akan menjadi rutin tambahanku setiap minggu nampaknya atas permintaan mak mertua. Rasanya untuk kali ini, kena kensel.

Namun masaalah lain pula ialah ibu_suri semalaman tadi tak boleh tidur. Aku agak dia akan mengantuk nanti. Harap emosinya stabil.

Hati aku sebenarnya tidak selesa dengan ke dua-dua suasana ini. Tapi jauh di hati aku berkata... balik kampung itu mesti kerana hari ini adalah hari yang terbaik. Esok terpaksa bawa Akhmal hadir di mahkamah. Kemudian perlu semak dengan kes tuntutan insuran kemalangan Akhmal di pejabat peguam kat Taman Selat.

Selebihnya, aku serah kepada Allah.

4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan IM...

Ibu n Abah berkata...

Selamat bertemu dgn ibu IM, keluarga mertua dan selesaikan urusan anak2.
Semuga ALLAH peemudahkan segalanya.

Kakzakie Purvit berkata...

Kuatnya IM...
Kakak tak dapat bayangkan kalau IM jauh dari mereka semua ini.

AMIIZAA@Mieja berkata...

Salams IM,

saya doakan semoga semuanya berjalan lancar dan IM serta keluarga sentiasa dalam lindungannya, amin...amin.....