Kawan lama menaliponku semalam. Kawan semasa belajar di IKM tahun '81~'82 dulu. Dia heran kerana setiap kali hantar emel kepada aku, emel itu bounce.
"Mana idaknya. Aku berhenti sebulan dah dari kilang aku tu!"
Panjanglah pula aku memutar sejarah kenapa aku berhenti kerja.
"Wah... bestnya kalau dapat rehat macam hang. Bila lah agaknya rezeki aku nak mai. Aku jeles bila dengar ada kawan-kawan aku yang dah berhenti dan sekarang rileks jer... pergi memancing."
Kawan aku ni yang namanya Abdullah Halim, sebenarnya sambil kerja ambil degree dalam jurusan Sains Politik. Katanya sesaja je nak belajar walaupun dah tua. Dia sarankan aku supaya ambil PJJ macam dia.
Huu... kalau nak ikut nasihat kengkawan, mau loghat aku dibuatnya. Ada yang suruh aku berniaga, bidang yang tak pernah aku teroka apatah lagi meminatinya. Macam bapa mertua aku, suruh balik ke kampungnya di Tapah, jaga rumah pusaka dan dusunnya. Alahai...
9 ulasan:
saya lbh tertarik dgn idea blk kampung tu..aman damai tinggal dikampung..
Saya pun tertarik dengan idea jaga rumah pusaka n dusun tu
1. IM tentu tahu kita harus merancang jika tidak kita sebenarnya merancang untuk gagal.
2. Sehingga sekarang saya mungkin masih belum tahu apa yang IM rancang. Mungkin IM belum hendak berkongsi tentangnya. Namun saya boleh menasihati IM supaya jangan lambat merancang.
3. Boleh mendengar ide-ide daripada keluarga, kawan dan sahabat tetapi IM yang akhirnya perlu tentukan.
4. Tidak minat dan tidak tahu bukan alasan atau terhenti di situ kerana apabila sudah menjadi fokus atau sudah dipilih sesuatu itu kita kena berusaha mendapat informasi dan melaksanakannya sebaik mungkin.
5. Semak kembali 'listing/checklist'
yang telah dibuat 'plan, do, check & action.
Sorry cuma pandai bagi cadangan dan nasihat. Semoga bermanfaat untuk kita.
Berniaga tanpa pengalaman bukan suatu idea yg bagus. Berniaga bukan boleh terjah-terjah macam terjun parit belakang rumah. Silap2 haribulan modal lesap, barang lesap dan nama baik kita lesap...
Berniaga tanpa pengalaman bukan suatu idea yg bagus. Berniaga bukan boleh terjah-terjah macam terjun parit belakang rumah. Silap2 haribulan modal lesap, barang lesap dan nama baik kita lesap...
Apa kata cucuk tanam , tak semestinya ada kebun, dalam pasu pun jadi,, bercakap dengan pokok, tengok pokok berubah dari benih ke sehelai daun sampai berbunga dan berbuah nikmatnya tak terhingga...
Rilek release tension....
jauh lagi untuk saya duduk berehat di rumah.. kalau diberi peluang saya sukakan kawasan yang damai dan tenang.. ;)
Kalau macam ni IM kena buat solat istikharah utk memilih apa yg harus IM lakukan selepas pencen ini.
Mungkin juga kena betul2 fikir mana yg sesuai dgn jiwa IM.
Kalau org ajak berniaga dan melabur jangan sesekali percaya sebab setiap kawan2 akak yg ambil VSS atau pencen ramai yg mengadu depa punya wang habis sebab kena tipu.
balik ke kampung tu satu idea bagus. tapi bagaimana dengan soal rawatan ibu suri. kalau tiada masalah, baguslah
Catat Ulasan