Halaman

Jumaat, 14 November 2014

Anak


Awal-awal lagi aku dah booking tanggal ini dari ibu_suri. Malah sesudah ambil stok baru ubat psikiatrik kat HBPP tadi, aku bawa ibu_suri pergi ushar lokasi sebenar CMR. Nak pastikan sejauhmana kemudahan untuk ibu_suri boleh access ke dalam restoran. Kalau boleh aku tak mahu lepas peluang untuk ke sini walaupun sebenarnya aku memang dah pernah makan di sini.

Tapi sekonyong-konyongnya tadi, Akhmal mengadu bahawa sakit ...nya semakin serius. Bimbang pula aku.

"Esok pagi kita pi hospital..."

"Tak mau..."

Aku termenung sekejap di kerusi. Bukan sangat pasal CMR tapi pasal sakit ... si Akhmal ini. Marah tu marah. Menyampah tu menyampah. Nasihat aku tak mahu dengar. Tapi.... anak la... kan?

4 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

payah bila anak dah besar mcm tu...bukan boleh didukung utk pergi spital

JR berkata...

Ujian Allah kpd hambaNya tak serupa. Semoga IM tabah hadapinya...

sud@is berkata...

setuju dgn pn Kamsiah kalau ank kecik sng siket bab2 mcm ni,kalau besaq byk akai..

Kakcik Nur berkata...

Anak - jarang mereka hendak peduli belati yang tertusuk di jiwa kita...