Halaman

Khamis, 27 November 2014

Beban


Resah dengan sikap Akhmal buat aku tak banyak cakap... kelmarin, semalam maupun hari ini. Bila ibu_suri bertanya:

"Kenapa dengan Akhmal tu? Cakap bukan-bukan, hempas pintu, lempar barang sana sini.."

Aku malas nak jawap. Bukan kerana tak ada jawapan tapi tak mahu jika jawapan itu ada di telinga ibu_suri akan disusuli dengan soalan-soalan lain yang terpacul. Yangmana semua itu akan lebih menyesakkan dada yang sememang sudah lama keriput dan letih.

Dulu... benar. Paling membebankan pundak aku ialah tekanan kerja serta tekanan mengurus ibu_suri yang tegar dengan sindrom bipolar dis-order. Tapi bla dah berhenti kerja dalam keadaan yang mana ibu_suri juga sudah boleh dikira ok dan emosi mudah diurus, aku terpaksa menungkah tindak tanduk mazmumah anakku yang seorang ini pula. Tanya Along, tanya Angah... apa yang ayah perlu buat... mereka juga bungkam.

Agaknya kerana ibadah aku yang masih compang camping inikah? Atau lewat dosa-dosa aku yang lalu?

Lepas catatan ini selesai ditulis, aku bercadang untuk mandi sebersih-bersihnya, memakai pakaian terbaik, baca semuka Al Quran kemudian bawa ibu_suri jalan-jalan. Mungkin ziarah mak di Bukit Gelugor.

Tuhan.... Ampunilah dosaku. Bantulah aku!

6 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Mudah2an amalan membaca Al Quran melembutkan hati Akhmal... Mudah menurut kata ayah dan ibunya.
Mak IM di Bukit Gelugor, gelugor pulau pinang?

❤Kamsiah❤ berkata...

hanya mapu meminta IM bersabar dgn tingkah laku anak..

PakMail berkata...

Saudara IM,

Saya juga seorang ayah kepada beberapa anak-anak bujang. Pernah juga saya lalui sikap anak yang agak sedikit mengecewakan. Tetapi mungkin tidak seperti anak saudara di mana saya percaya saudara merasai lebih tertekan. Bersabar dan berdoa kepada Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui Maha Bijaksana serta Pengatur sekalian alam.

ujang kutik berkata...

IM,

Saya sangat terkesan dengan ceramah seorang Ustaz mengenai dugaan/ujian Allah:

" Ada di antara dugaan/ujian adalah kerana Allah mahu hambaNya merengek-rengek, meminta-minta, merayu-rahu, bermanja-manja,memohon ampun,kembali kepadaNya dan bergantung sepenuhnya kepadaNya."



JR berkata...

Cara Allah menduga kita dengan pelbagai cara, anak salah satunya. Hanya mereka yang mengalami memahaminya tapi tidak semua yang memahami pernah mengalaminya...

Nor Azimah berkata...

Setiap org akan diuji dengan apa yg disayanginya-harta, anak' isteri, sabar, solat, baca dan hayati Al quran