Ahad, 23 November 2014

Catatan Pagi



Hampir sepekan aku lansung tak kisah pasal rumah. Aku biarkan laman penuh dengan daun-daun kering yang luruh dari pokok pelam yang abah tanam. Dapur pun aku biarkan berselerak. 

Itu semua petanda fikiran aku yang semak. Juga petanda yang aku sedang berdemo secara senyap terhadap sesiapa yang ada di dalam rumah ini. 

Namun akhirnya aku sendiri yang mengalah dengan protes ini. Justeru aku tahu, yang rugi adalah aku sendiri. Yang kut mana pun tidak akan ada orang lain yang akan memikul beban mengurus rumah ini selain diri aku sendiri. Kan aku ketua rumah? Kan aku saja yang masih normal dan rasional?

Balik dari riadah di Kompleks Sukan dan Reakreasi Bukit Mertajam, aku urus dulu ibu_suri yang bergegas ke tandas. Sesambil itu aku masukkan kain ke dalam mesin basuh. Aku capai penyapu dan pencakar. Biasalah kalau aku meyapu laman, aku akan sapu juga daun-daun kering yang berserakan di sebahagian laman rumah jiran. Aku tahu, daun-daun kering itu jatuh dari pokok pelam aku juga.

Paling leceh ialah hendak membuang tahi kucing yang cukup gemar berak di depan lamanku. Kekadang 2~3 tompok. Kalau sesiapa lalu tentu hati mereka berkata: busuknya laman rumah si anu ni. Sedangkan sebenarnya aku tak ada dan tak gemar pun bela kucing. Kekadang rasa macam nak tembak aje kucing-kucing ni yang aku pun tak mahu bersangka buruk siapa tuannya.

Sampah-sampah itu selalunya aku masukkan ke dalam plastik. Aku ikat lalu letak di belakang rumah. Biasanya lori sampah datang 2x seminggu.

Walaupun azan berkumandang, aku terus dengan menyidai kain yang dah berbasuh separuh. Masukkan yang separuh lagi. Zohor aku di rumah sajalah nampaknya hari ini.

Mop lantai ruang tamu. Bekas-bekas tayar dan minyak yang tumpah dari motor Akhmal kalau tak disita dengan cepat akan melekat di lantai. Akhmal tak pernah peduli pun risiko ini.

Siap semua kain yang dibasuh aku gantung di penyidai. Aku keluar ke astaka depan rumah untuk membeli makanan. Hidangkan siap-siap di dalam talam. Mudahlah nanti kalau Akhmal atau ibu_suri nak makan nanti.

Kemudian aku capai baju-baju kering yang tergantung dalam bilik gosok baju. Itu semua seluar baju akulah tu.

"You tak mandi lagi?" soal ibu_suri dengan kening terangkat seusai makan.

"Asar nanti lah abang mandi." jawapku sambil mengangkat pinggan ke singki dan membasuh kesemuanya. Aku bercadang untuk berjamaah di masjid nanti. Aku lebih suka bembahyang di masjid akhir-akhir ini. Terasa lebih tenang, lebih ikhlas dan dapat berbuat lain-lain solat sunat.

Namun badan ini dah mula terasa sedikit letih dan mengantuk. Maklumlah... bukannya semakin muda!


link:

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kalau kita tak suka tengok semak, kitalah yang kenaa menebasnya kerana kalau kita tak buat dan semak pun tiada, maknanya ada orang lain yang lebih rajin dari kita....

Bunda_nora berkata...

Sama lah macam bunda tak suka tengok rumah atau pun halaman berselerak...

Bunda tak pernah tinggal/tangguh basuh pinggan mangkok dalsm sinki...seperti setengah orang pinggan msngkok yang malam tadi simpan esok baru cuci...

Semak...semak mata semak fikiran...

Tanpa Nama berkata...

Apa kata tebang saja pokok mempelam tu..
itu yg saya laku kan bila usia makin tua, dh tak larat nak sapu daun2 gugur

Kamsiah yusoff berkata...

fikiran yg tensen...bertambah tensen bila keadaan dan persekitaran berserabut..

Nor Azimah Ali berkata...

Betul gak cadangan anon tu, tebang je

JR berkata...

Cuci pinggan, kemas rumah, bersih halaman rumah, sidai kain....ah, kita serupa....hehehe..