Halaman

Ahad, 9 November 2014

Oat For Rice


Pasaraya Billion adalah lokasi beli belah yang aku suka pergi. Alasannya - selamat untuk tinggalkan ibu_suri dalam kereta disamping mudah bagi aku terus cari barang yang selalunya dah aku senaraikan siap-siap di nota talipon.

Kelmarin dulu, masa dok ushar oat 3in1, terjumpa oat yang dibuat khas untuk dimasak bersama nasi. Samada produk ini dah lama ada di pasaran atau keluaran terbaru dari Quacker, aku amat teruja. Selama ini aku campurkan oat yang biasa itu saja ke dalam nasi, Aku beli pek yang kecil dulu untuk cuba try.

Kagum juga dengan idea kreatif Quacker ini. Bila aku cuba memasaknya, no comment dari ibu_suri hatta Akmal sendiri. Jawap mereka.. bila aku tanya....macam makan nasi biasa saja. Ianya berbentuk bijian persis gandum juga.

Aku yang lebih suka cara diet sambil menyelam minum air ini tentunya merasakan ini alternatif terbaik untuk aku aplikasi ke dalam menu keluarga.

8 ulasan:

Bunda a.k.a KN berkata...

Bunda selalu ambil oat segera yang biasa dalam pasaran tiap pagi dan malam...

Oat For Rice ni agak baru juga dalam pasaran dan sudah ada promosi car memasaknya dalam rancanfan masakan kat tv...

Tapi yang ini bunda belum pernah cuba lagi...lepas dah baca entri IM ni boleh lah nak beli nak cuba pulak...

Bunda memang suka makan oat ni...dia banyak fibre n mengenyangkan jugak...terima kasih mengingatkan bunda Oat For Rice ni IM...

Tanpa Nama berkata...

Pernah tengok kat tv awal tahun ni. Tapi tak pernah jumpa bila cari kat pasaraya... Skrg ni ada oat bran pulak, yg katanya lebih baik dari oat segera...

JR berkata...

Pernah dengar iklan mengenainya. Tapi susah juga nak cari di supermarket di tempat saya. Akhirnya cuma balik-balik makan oat segera jugalah...

Jari Manis berkata...

berapa harga sebungkus tu?

❤Kamsiah❤ berkata...

tak nampak pulak bila ke Tesco atau Giants...yg ada segera punya tu..

Bearcat berkata...

Baru semalam saya ternampak Oat with Rice ni di Giant. Nampaknya bolehlah saya beli since IM dah bagi komen hehe.

Najib Ariyan berkata...

wahhhh satu cara baru tu nak gunakan oat... oat bagus untuk kesihatan jantung... mungkin boleh cuba cara ni... senang sikit nak gunakan oat yg banyak dibeli tapi susah nak habiskan tu

pB berkata...

X suka mkn oat