Selasa, 25 November 2014

Senja Begini


Itu adalah gambar adik. Kalau dalam keluarga, dia ranking ke 2. Kini tinggal di Shah Alam. Punyai anak 4 orang - 2 lelaki 2 perempuan yang masih belajar. Dia seorang yang sederhana. Masa mudanya pernah bersama-sama dengan jamaah Tabligh. 

Dia berkahwin lewat. Kata orang: jodohnya payah. Tapi di sebalik semua itu ada hikmahnya. Akhirnya dia bertemu dengan seorang isteri yang aku kira solehah. Lemah lembut dan baik pekerti.

Senja-senja begini aku teringat dia. Rasanya, antara ramai-ramai adikku, dialah yang akrab. Kami sama-sama lalui zaman hidup yang susah semasa kecil. Semasa abah jatuh sakit memaksa mak mengambil aleh tanggungjawap mencari rezeki buat kami.

Kami berdua sama-sama lalui zaman kongsi bekal ke sekolah. Beli aiskrim Malaysia berharga 5 sen dan kerat 2 untuk makan bersama. Berkongsi tanggungjawap - aku menjaga adik-adik lain di rumah sementara dia menolong mak menoreh getah. Dan sama-sama menolong abah mesin rumput di rumah taukeh Cina di Jalan Bulan dan Jalan Matahari.

Sekali lagi, ntah kenapa senja-senja begini aku teringat dia. Kalau terjembong di kampung, aku selalu teringin nak ajak dia minum-minum berdua di Restoran Bunga Raya, tempat yang penuh nostalgia bersama abah dulu. Sayangnya, ibu_suri yang tidak boleh berenggang dengan aku membantutkan keinginan itu.

Kalau tidak kerana rumahnya terletak di tingkat 3 yangmana hampir mustahil ibu_suri mampu mendakinya, aku teringin sekali ziarah dia.

7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Mungkin dia juga sedang teringatkan IM...

NzA berkata...

kasih syg yg xakn putus...

Ismail aka Pak Mail berkata...

Saudara IM,

Syahdu bunyinya. Catatan IM membuatkan saya juga teringat arwah abang atas pada saya yang telah 20 tahun pergi. Beza umur kami dua tahun sahaja. Justeru tidak hairanlah kami sangat rapat....

sud@is berkata...

Apakata dia saja yang balik bercuti dan berjumpa mesra dengan adik beradik mengimbau kenangan

JR berkata...

Musim2 cuti ni panggillah adik2 ke rumah dalam sesi makan2 keluarga sambil beramah mesra. Ibu Suri tak perlu panjat tangga, cuma tunggu tetamu di tepi pintu rumah...

Ibu n Abah berkata...

Seronok ada kenangan manis dgn adik beradik kan?
Dah rasa rindu nak jumpa, pergi jer jumpa. Boleh aja called adik, jumpa kat mana2. Takyah ibu suri naik tangga...

Murni Alfathunnisa berkata...

kalau kita teringatkan orang, ada kebarangkalian orang tu pun sedang ingatkan kita ;-)