Isnin, 17 November 2014

Urusan


Harap akan dapat membawa Akhmal ke hospital hari ini. Melihatkan seluarnya yang basah dengan tompok bendalir dihurungi semut sewaktu memasukkan ke dalam mesin basuh buat aku bimbang.

Bukan mudah sebenarnya menguruskan Akhmal, seorang yang tidak sabar. Pulak tu, di hospital kerajaan yang umum kita tahu amat perlahan perkhidmatannya. Hendaknya di masa yang sama ibu_suri juga pasti akan mahu ikut bersama yang sekaligus aku terpaksa mengurus kedua mereka yang sama statusnya - OKU.

Mengurus mereka berdua sekaligus memerlukan jiwa yang kuat, emosi yang bersahaja dan sikap yang tidak tergesa-gesa.

Hari ini selesaikan permasalahan Akhmal. Esok hantar kereta untuk servis yang ke 30 ribu kilometer. Lusa, ada usrah. Tulat pula bercadang nak balik kampung ziarah mak.

Aku percaya boleh sempurnakan semuanya dengan baik. Dilandasi dengan niat yang ikhlas aku percaya ia boleh dikira sebagai ibadah...

8 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

banyaknya urusan, moga dipermudahkan, aminnn.

Tanpa Nama berkata...

Akmal luka di mana?
Semuga cepat sembuh

Kamsiah yusoff berkata...

YA ALLAH...permudahkan segala nya...saya yg membaca pun turut terasa beban yg terpikul dibahu IM..

JR berkata...

Apa kata doktor mengenai penyakit Akhmal? Semoga dia cepat sembuh...

Bunda_nora berkata...

Semoga dipermudahkan segala urusan..

Tanpa Nama berkata...

Salam,
bercerita fasal hospital kerajaan,pengalamn masa anak mengidap bisul,saya menunggu hampir 3 hingga 4 jam d hospital kulim..tahap kesabaran ada hadnya saya terus bertanya kenapa lambat sangat service sdgkan pada pengamatan saya pesakit sekitar 10 -15 org aje..berbeza dgn Hkl...jawapan mereka disana doktor ramai...jawapan saya sepadanlah dgn pesakitnya....terus mereka diam...

Kakcik Seroja berkata...

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusanmu...

iryantyismail berkata...

diharap terus tabah dan dipermudahkan urusannya..yan pun ada adik oku..allah uji hambanya..kerana allah syg..salam kenal..

iryantyahamad.blogspot.com