Ahad, 16 November 2014

SERENADE


Sejak semalam aku asyik dengan fb Membumi Bersama Ebiet G Ade atau kata lainnya MemBers EGA.

Bukan kepalang gembira kerana akhirnya dapat bersama-sama dengan rakan-rakan yang sesama meminati lagu-lagu EGA; berkongsi info dan lagu-lagu oleh penyanyi kegemaran aku sejak belajar di IKMKL 1982 dulu. Aku memang meminati puisi lalu lagu-lagu EGA memang serasi dengan jiwaku yang suka dengan lagu gerne dakwah dan kemasyarakatan. Selain EGA aku meminati lagu-lagu Sohaimi Mior Hassan, Kembara, Harmoni dan pastinya lagu-lagu nasyid.

Sekarang ini aku sedang berurusan dengan Yani Handayani untuk membeli album SERENADE dan mungkin album-album yang lain terus dari pengurusan EGA. Aku harap ianya akan sukses.

4 ulasan:

JR berkata...

Saya juga meminati lagu puisi Abiet G.Ade dan Harmoni. Juga lagu-lagu tentang kehidupan dan ketuhanan Ramli Sarip. Kalau bab puisi saya paling suka puisi-puisi WS Rendra, penuh mesej kemanusiaan dan ketuhanan...

insan marhaen berkata...

JR,
kita sama - jiwa halus...

Kamsiah yusoff berkata...

saya pun suka lagu2 beliau..bg saya lagu2 lama begitu berharga..lembut mendayu...

Bunda_nora berkata...

Lagu2 lama ni banyak berbentuk puisi...penuh kata2 kiasan dan pengertian..