Sabtu, 27 Disember 2014

Hujan Emas


Seronok bila dapat berkumpul bersama keluarga besar ibu_suri. Dari Johor pun datang. Kagum dengan keperibadian mereka yang positif dan islamik.

Aku ambil sikap bersahaja dan terbuka bila bersama mereka. Pertemuan ini di ilham dan digerakkan oleh anak buah ibu_suri. Orang muda... lainlah temponya...kan. Tangan dan mulut sama ligat. Aku sebagai golongan tua mahu dilihat sebagai pemangkin dan pendamai suasana.

Sudah tentunya, hal-hal berkaitan ibu_suri aku dahulukan. Bila ibu_suri cukup selesa barulah aku boleh enjoy dengan anak buah. Ya... memang dari awal lagi aku tanam dalam diriku, aku mahu low profile dan make it enjoyable. Bila begitu barulah bermakna pertemuan ini.

Bestnya kat sini ialah aku tak perlu fikir pasal nak masak. Makan sentiasa ada sebab ramai perempuan. Selalunya anak-anak buah dahulukan aku sebagai tanda menghormati bapa saudara. Itulah tidak ruginya jika kita ambil sikap rendah diri bila sesama mereka yang muda, kan? 

Lepas Maghrib semalam baru aku balik. Hujan renyai sepanjang perjalanan buat aku amat fokus kepada stereng. Lagipun, pandangan mata aku sudah kurang bagus bila berada di atas jalan raya yang gelap. Sikap ibu_suri yang selalu kata... okey... juga buat aku rasa seronok memandu. Bila ada rasa seronok, terasa cepat pula pemanduan ini.

Puas pujuk ibu_suri untuk singgah jenguk mak di Ipoh dengan mengumpannya untuk tidur di Hotel Fair Park. Malangnya ibu_suri tetap berkeras mahu balik rumah juga. Aku tahu dan faham... dia dah sampai ketahap tepu. Walapun hujan emas di negeri orang tetapi rumah sendiri juga yang lebih selesa...

7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Ke mana pergi pun, rumah sendiri juga yang dirindui...

iryantyismail berkata...

rumahku syurgaku :-))

Saniah berkata...

biasalah,,
org dah biasa dengan rumah sendiri
walaupun semalam tetap tak selesa
samalah orang tua saya
baru dua tiga hari dah panas pungung nak balik hihihi,,

Kamsiah yusoff berkata...

tak mengapa lah IM..mungkin lain kali boleh mengumpannya lagi..

Nor Azimah Ali berkata...

berkumpul ramai-ramai mmg acara yg menyeronokkan, eratkan ukhwah setelah lama tak bersua, moga lain kali IM dapat selalu jumpa mak yea..kesian mak rindu kat IM tau..

Tanpa Nama berkata...

wah, bersusun. mula2 tengok gambar sebelum baca entri, ingatkan abang IM nak cerita pasal beli kereta (used car).

mungkin abang IM ni macam kawan saya kot, mata tak boleh memandu waktu malam.

JR berkata...

Lain kali kena bagi umpan yang lebih besar kat ibu suri kot... mana tau dia terliur, hehehehe...