Ahad, 14 Disember 2014

Ngobrol


Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga hadiri majlis walimah anak sahabatku sekaligus mini re-union dengan sahabat lain yang datang dari Kuala Lumpur. Mereka adalah apa yang kami istilahkan geng IKM Kuala Lumpur.

Boleh tahan juga jauh lokasi rumah - Kampung Ulu Kuang, Chemor, Perak.

Usai ngobrol dengan geng semua, ibu_suri ajak juga aku terus ke rumah mak. Tapi sebelum ke rumah, aku singgah di bengkel kereta di Jalan Fair Park, Ipoh kerana memang sejak awal lagi stereng aku rasa bergegar bila kelajuan mencecah 80km/jam.

"Abang... tengok ni. Tayar ni dah gelong..," ujar mekanik Melayu.

"Takkan macam ni. Kereta saya baru setahun jer..."

Mau tak mahu kena juga tukar ke tayar baru. Aku beli tayar yang paling murah di situ - jenama Hankook. 

Memang seronok dapat ngobrol dengan adik beradik. Mak pun nampaknya hepi... Lupakan sekejap Akhmal di rumah. Dia bukannya kecik lagi.

Apapun, aku hargai pengorbanan dan kepedulian adik-adikku... Duyah dan Mamat yang terus-terusan memikul tanggungjawap menjaga kebajikan mak.

6 ulasan:

iryantyismail berkata...

bila baca catatan im..terasa rindu kat adik2 yang jauh di batu pahat... :'-C

JR berkata...

Dua bahagian kereta yg paling saya risau jika berlaku kecacatan ialah tayar dan brek. Kalau berlaku masalah di situ tiada maaf bagimu...

Kamsiah yusoff berkata...

Seronok dpt jumpa kwn2 lama..kan..

Tanpa Nama berkata...

Yang gelong tu maksudnya rim ke? Saya dah serik guna tayar jenama silverstone, tak sampai 6 bulan dah membengkak. Dua kali pulak tu! Harap harga je macam berkualiti.

Tayar 2nd hand pun serik jugak.

Ismail aka Pak Mail berkata...

Saudara IM,

Kalau tukar tayar sahaja tapi tak buat alignment, nanti tayar itu akan gelong lagi. Check juga kedua-dua lower arm kereta itu. Sekadar pandangan.

mokja berkata...

baru sangat tersadai di Butterworth kerana masaalah tayar.Aduhai.Duit yg keluar pun mengilai ngilai...bye bye.
Mula tayar,lepas tu dia melarat mcam macam yg rosak.Pengajaran buat kami.