Rabu, 31 Disember 2014

Tanpa Had


Nampaknya, tidak ada pilihan lain selain beli yang baru. Bila rujuk kat TM Point di Bandar Perda, memang warrantynya dah tamat.

Sebenarnya, streamyx yang aku guna di rumah ini asalnya adalah milik Along. Dia mendapat student package semasa masih belajar di KLMU beberapa tahun dulu. Bila aku tersepit dengan belanjawan bulanan, antara kos hidup yang terpaksa aku potong ialah Streamyx. 

Bila Along dah habis belajar dan mula memiliki smart phone, dia bagi pada aku dengan memindahkan alamat Streamyx dia ke rumah aku. Dari masa itulah aku guna Streamyx ini semula, kali ini tanpa had.

Memang berbaloi guna Streamyx berbanding sebelum ini aku guna Celcom package. Dengan sambungan wifi, sekalian yang ada di rumah ini boleh akses internet tanpa had, tanpa gangguan dengan satu bayaran bulanan... 68 ringgit. Aku lebih suka guna laptop. Angah pula lebih suka guna tab. Along dan Akhmal guna smart phone.

InsyaAllah, jika nanti aku memiliki smart phone, aku pun boleh godek-godek wassup tanpa susah kat rumah. Tak perlu beli data plan lain semata-mata nak guna masa berjalan di luar. Bila di luar cukuplah cit cat dengan sms...

11 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

saya pun guna streamyx...walaupun kadang2 geram jugak dgn servicesnya...

Ibu n Abah berkata...

Kawasan perumahan saya guna Unifi
Rasanya lebihbaik dari dahulu.

Tanpa Nama berkata...

Sy guna streamyx. rm110 sebulan. kalau call fixed line.. free. kalau call hp.. caj lebih murah. Kdg2 terputus2 jugak streamyx atau jadi slow...

- Faizah

Tanpa Nama berkata...

Teringat zaman dedulu.. guna prepaid card untuk internet. :D

- Faizah

mario berkata...

pakai streamyx jgk...kat luar klu nak murah, amik package hotlink yg fb punya package,,,, rm15 sbln... unlimited kot tp fb jela...lain2 slow... wasap pun ok... just bg pendapat,,,klu ada lg murah, bg tau eh...

Sham berkata...

Salam IM...jom tukar2 link...

JR berkata...

Saya pun kat rumah pakai streamyx pakej RM110, tapi bila semua anak-anak yg belajar kat luar balik bercuti internet memang berjalan macam kura-kura sebab semuanya nak kongsi yg kat rumah...

Bunda_nora berkata...

Nak juga rasanya pakai Unifi...

SELAMAT TAHUN BARU 2015 IM...moga berjumpa lagi...

iryantyismail berkata...

yan pakai wifi kampung tanpa wayar..walaupun macam siput tapi boleh lah digunakan..alhamdulilah..

Tanpa Nama berkata...

Saya guna stremexy rm140 sebln..kt rumah guna 3Dsmart tv..lg laju utk tgk you tube upin ipin kt tv..nk bg budak2 tak reti bahasa dan arahan duk diam2 tak berlari larian

Ismail aka Pak Mail berkata...

Saudara IM,

Selamat Tahun Baru 2015. RM68.00!!, berbaloi lah kalau seisi keluarga boleh guna...