Khamis, 8 Januari 2015

Masjid Perai



Aku singgah sembayang Asar di Masjid Perai, Jalan Besar semalam sebelum ke Giant. Sengaja mencari masjid yang tak biasa aku bersembahyang di dalamnya dengan tujuan merasai dan menikamti suasana masjid yang berlainan.

Ini masjid lama melihatkan dari struktur tambah menambah ruang di kelilingnya. Tandasnya bersih dan elok. Sesuai dengan penarafan 3 bintang yang diberi oleh pihak berwajib.

"Best juga sembahyang kat sini," ujar aku pada ibu_suri, " boleh rasakan kedamaiannya..."

Di sebelah masjid ini ada Restoran Kamelia. Melihat keadaan restoran ini dari jauh, tiada keinginan aku untuk singgah. Mungkin ini restoran mamak biasa. Masjid dan restoran ini aku agak akan menjadi mangsa kerakusan urbanisasi tidak lama lagi... 10 atau 20 tahun akan datang.

Melangkah ke arah pintu masuk Giant, aku diserbu oleh sekumpulan pasir yang berpusar di tiup angin. Pedih mata dan berdebu rasanya muka aku ini. Kiranya, jika Allah nak tunjukkan kekuasaannya, gerombolan pasir dan debu ini sahaja sudah cukup untuk menundukkan ego manusia.

Aku lewat ke sini sebenarnya saja bawa ibu_suri jalan-jalan. Gelap pekat langit dan angin yang bertiup ini cukup untuk memberitahu bahawa hujan akan turun dengan lebatnya... sekejap lagi...

7 ulasan:

iryantyismail berkata...

setahu yan setiap surau atau masjid ada mempunyai aura tersendiri...

beli apalah tu agaknya ibu suri kat giant.. :-))

Tanpa Nama berkata...

Seronok kalau singgah masjid atau surau yang kita tak pernah sampai. Seolah menggambar keadaan atau suasana komuniti dalam qariah masjid tu. Kalau bersih dan teratur, mungkin juga satu tempat yang elok untuk bermastautin.

insan marhaen berkata...

iryanti,
bukan ibu_suri tapi saya yang ke sana untuk beli sedikit barangan dapur.

ibu_suri tak boleh berjalan jauh. obes...

smbotak,
sekarang ini dah banyak masjid mengambil berat soal kebersihan bilik air.

tapi melihatkan pili air yang masih menggunakan pili plastik, tahulah kita sekarang ini sikap penggunalah yang perlu berubah.

JR berkata...

Dah lama tak singgah Perai, rasanya dah 10 tahun juga! Kalau pergi mesti sesat, pasti banyak yg berubah kecuali komunitinya yg dulunya ramai India di sana...

Umi Nazrah berkata...

pernah singgah masjid ni untuk tunaikan kewajipan jugak dulu. alhamdulillah masjid ni sangat nostalgia :)

Ismail aka Pak Mail berkata...

Saya juga suka singgah solat di masjid-masjid yang sebelum itu tidak pernah didatangi. Banyak kelebihannya. Antaranya bertemu dan ucap salam kepada orang yang tak dikenali dan mungkin boleh berbual sebentar bertanya khabar....

insan marhaen berkata...

JR,
Kalau takat 10 tahun rasanya tak banyak berubah. Cuma jangan silap masuk gerbang plaza tol aje dah la...

Umi,
Bagi orang lama, tentu banyak kenangan di sini.

Pak mail,
Mungkin boleh buat entri tentang masjid-masjid yang tuan singgah.

Saya sedang usaha menulis ke arah itu.