Sebaik saja coretan aku yang di bawah ini tamat, ibu_suri tetiba terjaga dari tidur dan beriya-iya mahu mandi. Sedangkan aku bercadang akan bangun dan mandikan dia sebaik balik dari masjid sahaja nanti.
Hari ini hari Ahad. Hujung minggu rutinnya ialah menyampu rambut. Bila begini, aku akan agak lama berada di bilik air memandikan dia. Sedangkan masa semakin dekat memasuki waktu.
Selesai mandi aku akan mengelap badannya, memilih baju yang dia mahu pakai dan terus ke dapur menyiap makanan tengahari sementara dia menunggu Zohor dengan telekong. Yup... ibu_suri bersembahyang secara duduk di sisi katil sahaja.
Menu makan tengahari ini cuma nasi goreng, telor goreng dan ikan goreng dan sambal belacan sahaja. Segelas besar air dan satu pot ubatan untuk ibu_suri berjumlah 8 biji.
"Elok sangatlah menu kita hari ni, yer... Gorengan belaka!" ujarku memecah kesunyian tengahari.
"Tapi takpa, abang guna minyak jagung untuk goreng. Ianya lebih baik dari minyak sawit." terangku tanpa dipinta.
Didapur, bunyi deru mesin membasuh pakaian memecah keheningan. Di luar, cuaca redup. Tanpa Akhmal, rumah ini bertambah sunyi. Dan aku cuma solat di rumah!
3 ulasan:
Sekarang waktu solat subuh agak lewat, susah juga nak kejar waktu kalau berjemaah di masjid, mana nak siap pi kerja, nak hantar anak, nak sediakan breakfast untuk anak2 kat rumah. Masa saya paling lapang berjemaah di masjid sekarang ialah waktu maghrib, ada 30 minit lagi!!
jr,
subuh adalah waktu yang paling jarang saya berjamaah di masjid. memang susah nak bangun awal.
tambahan pula sejak tak bekerja ni...
:-)) berkorban apa saje..harta ataupun nyawa...itulah kasih mesra...sejati dan mulia..
Catat Ulasan