Halaman

Ahad, 25 Januari 2015

Zon Tidak Selesa


Semalam Angah ambil semula Viva dan meninggalkan Kancil untuk kegunaan aku bila perlu. Inilah susahnya bila kereta sendiri tidak ada. Kancil itu sudah tidak selesa untuk aku gunakan lagi. Selain dari berasa sempit, bunyi enjinnya yang kasar juga merimaskan.

Jadi, bila ibu_suri ajak aku jalan-jalan, aku beri 1001 alasan. Hatta mahu ke rumah maknya di Taman Buah Pala juga aku anjakkan ke hari esok.

Rupanya, bila aku dah lama di dalam zon selesa kemudian tetiba diuji Allah dengan ketidakselesaan, aku menjadi seperti berada di ruang yang sempit seakan tidak boleh bergerak. Sedangkan orang lain yang mungkin lansung tidak ada kereta masih boleh ketawa dan sabar menunggu bas datang berhenti mengambilnya di perhentian.

Aku ini dah terlalu lama hidup senang, agaknya. Harap-harap, jangan disebabkan tidak ada kereta yang selesa untuk ku pandu, aku gagal ke masjid berjamaah sepertimana masa aku ada Viva hari itu.

Opss... Dah nak hampir pukul 1. Mungkin berjalan kaki sahajalah agaknya aku nanti. Bila balik, aku goreng nasi sahaja sebagai isian perut aku dan ibu_suri tengahari ini.

Harap-harap, Angah balik awal dari kampung dan menukarkan semula Vivanya dengan Kancil ini. Viva aku masih tersadai di Perodua Juru. Khabarnya, bulan 2 baru siap. Uh!

2 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

ALLAH bagi ujian bersebab im...moga im kuat mnghadapi hari2 mendatang...kuatkan smngat im..biarpun kdgkala tersungkur..bangkitlah kembali..kerana ada insan yang masih perlukan kekuatan im..

insan marhaen berkata...

iryanti,
ya... saya selalu berdoa agar selalu diberi kekuatan.