Halaman

Sabtu, 24 Januari 2015

Hikmah Di Sebaliknya


Dari satu sudut lain aku terfikir, dengan 'tersimpan'nya Akhmal buat sementara waktu di IPD Perda, aku dan ibu_suri sedikit bebas bergerak. Aku tak perlu memikirkan apa yang akan berlaku di rumah sepeninggalan aku tiada. Bila aku dan ibu_suri mahu balik, tidak lagi menjadi perdebatan otak.

Apa yang nak aku sediakan untuk makan tengahari juga tidak menjadi kerenyahan. Jika setakat untuk isi perut kami berdua, goreng nasi lebihan semalam pun dah mencukupi.

Duit belanja yang selalu aku beri pada Akhmal juga boleh dijimat untuk beberapa hari. 

Itulah hikmah di sebaliknya apa yang berlaku malam semalam yang kemudiannya apabila kes B yang disabitkan oleh polis didapati positif. 

Dia akan dihadap ke Mahkamah Bukit Mertajam, isnin ini. Aku diminta hadir oleh Sarjan Munah yang memegang fail Akhmal. Mahkamah Bukit Mertajam itu seolah tempat aku 'wajib' hadir di setiap tahun. Tak jauh dari mahkamah itulah Kompleks Sukan MPSP, lokasi rutin aku untuk riadah.

Agak ringan sikit otak dan dalam rumah terasa tenang tanpa hiruk pikuk suara Akhmal serta kawan-kawannya. Itu pun setakat menjelang hari Isnin. 

5 ulasan:

JR berkata...

Dugaan besar lagi.. walaupun mungkin dapat jimat kos makan minumnya di rumah, tapi jika dia dibebaskan dengan ikat jamin tentulah dugaan lebih besar menanti di depan....

Sebagai lelaki tabah harap IM terus tabah hadapi ujian sementara Allah di dunia ini...

Ujang Kutik berkata...

Sdr IM,

Berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul.

Namun, saya berpandangan saudara seperti tidak lagi terasa beratnya bahu yg memikul kerana telah terbiasa.

Semoga saudara sekeluarga tabah, sabar dan ditunjukkan jalan keluar ke atas permasalahan yg dihadapi.

❤Kamsiah❤ berkata...

semoa IM diberi kekuatan menghadapinya..

PakMail berkata...

Tersimpan segala hikmah di sisi Allah swt. Bersabarlah...

insan marhaen berkata...

jr,
memang kita takkan sunyi dari dugaan..

ujang kutik,
berat itu tetap berat tapi masih boleh bertahan memikulnya... tidak lari!

kamsiah,
tk..

Pak Mail,
ya... kesabaran saya diwarisi dari mak...