Jumaat, 16 Januari 2015

Mandi Bunga



Itulah rupanya kereta aku semalam. Terbabit kemalangan di kilometer 156 jam 1 pagi otw balik dari kampung. Dilanggar oleh Nissan Sentra dari belakang. Katanya dia tak sempat membrek dalam kelajuan 90km/jam.

Ini kali ke 4 aku alami kemalangan serius; kali pertama dengan Viva baru aku ni Alhamdulillah, cuma kereta saja yang kemek bukan kami berdua. Respon ibu_suri ok semasa di tepi jalanraya buatkan aku mudah berurusan dengan agen kembalik Perodua.

Bagaimanapun, aku dan ibu_suri masih ada rasa fobia. Kereta ini pula dibeli bukan atas nama sendiri. Inilah susahnya kalau berkait dengan nama orang lain hatta orang lain itu menantu sendiri.

Aku teringat kata-kata bos kerja aku dulu;

'Saya cukup takut mau bawa kereta malam-malam especially after 11pm. Masa itu ada ramai orang balik mabuk'

4 kali...... hemm.... kena mandi bunga ni!

12 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Tukar baru ajelah IM. Lepas repair jual cari baru. Mungkin tak serasi kot IM dgn kereta ini.

Tak payah mandi bunga bagai hihi...

iryantyismail berkata...

ni mesti im lupa baca doa naik knderaan :-P

Kamsiah yusoff berkata...

syukurlah IM dan ibu suri tak apa2...

Kakcik Seroja berkata...

Kereta kami pun baru kena langgar belakang. Terpaksa dibawa juga walaupun bunyinya dah macam bunyi motorbot...

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah IM dan Ibu Suri tidak cedera dlm kemalangan tersebut.
Siang2 tengahari pun banyak pemandu mabuk...
Akak selalu jumpa kat Bangi.

NzA berkata...

Syukurlah xde apa2..kereta sy pn sama IM, baru umo 3thn tapi dh bbrapa kali kena langgar n melanggar....byk jugak dh melabur kat situ.

JR berkata...

Bulan lepas (juga waktu malam) saya terlibat dalam kemalangan kecil hingga pecah tangki minyak sbb terlanggar objek atas highway. Saya juga tak suka drive mlm tapi kadang2 no choice...

Wa berkata...

Syukurlah tak ada apa2...kena mandi bunga eh..he he he

Sham berkata...

Yg penting im n ibu suri xde apa2...erm amalan org dulu2 mandi bunga atas tangga...nk tolak bala katanya...ish3...

Ismail aka Pak Mail berkata...

Alhamdulillah, Allah hindari saudara dan isteri dari musibah yang lebih buruk....

Tanpa Nama berkata...

Bagus mandi bunga ni.. Bunga pencerap cahaya matahari

insan marhaen berkata...

Memang betul kenyataan tuan. Cuma kefahaman kita saja yang mungkin tersasar.

kasih kerana komen entri yang dah lama ku tulis ni.