Oleh kerana ibu_suri dah bangun semasa aku bersiap untuk keluar beriadah, aku terpaksa bawa dia juga. Dan kerana ada dia, aku terpaksa pilih untuk beriadah di Taman Tunku bersebelahan Masjid Seberang Jaya. Aku berjalan 4 pusingan sahaja kerana lebih dari itu aku tahu, sendi kaki akan berasa sakit.
Balik dari riadah selalunya aku suka singgah bersarapan di kedai tepi Masjid Kubang Semang. Hari ini ntah kenapa, parkir dalam masjid penuh. Matahari yang tajam dan buat aku susah nak mencari parkir yang teduh untuk ibu_suri.
Pusing sana undur sini buatkan tiba-tiba ibu_suri berteriak;
"Toksah pi minumlah.... Asyik-asyik minum. Asyik-asyik minum!"
Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba saja undur semula kereta dan keluar dari dalam kawasan masjid.
"Marahlah tu...!"
Aku diam menahan semuanya dari lompat keluar melalui mulut kerana aku tahu, orang yang sabar seperti aku jika sekali mengeluarkan perkataan, ianya akan keluar semahunya tanpa henti. Sedangkan aku memang tahu dan akur, ibu_suri adalah separa normal.
Sepanjang pagi, kejemuan menghurung diri. Terasa mahu pergi jauh-jauh....
Sepanjang pagi, kejemuan menghurung diri. Terasa mahu pergi jauh-jauh....
4 ulasan:
Allah...kuat sungguh sabar Pak IM.
sabar im...sebelum ni lg hebat dugaan yang im pernah tempuh...jgn pi jauh2 im..ksian ibu suri im....orang tak sihat macam ibu suri mmg emosinya tak stabil..
Simpati pada Im..semuga allah kurniakan pahala dan bidadari di Sana...
shaliza,
doktor kat hospital BM, satu masa dulu masa ibu_suri dimasuk ke wad kerana hipertensi juga kagum dengan saya bila dia bertanya;
'dah berapa lama jaga isteri kamu dalam keadaan bi-polar disorder ni?'
'3 tahun!'
'3 tahun? Hu... kalau orang lain, dah lama lari...'
Muga Allah terus kuatkan hati saya ini.
iryanti,
dalam hati jer ingat macam tu tapi so far... still setia jaga dia. Saya masih ingat janji saya dengan tok kadi masa akad nikah dulu..
tanpa nama,
Ha...? Bidadari....? Harap-harap bidadari tu ibu_suri jugalah ya.
Catat Ulasan