Beberapa hari ini ibu_suri asyik batuk-batuk hingga berair mata. Kesian juga tengok dia.
"Sakit otot-otot perut.." ujarnya.
Dalam begitupun, dia masih mahu temani aku samada mesyuarat di Pejabat IKRAM mahupun ziarah mak di Taman Buah Pala.
Apa yang aku boleh buat melainkan menenangkan perasaannya.
Motor Akhmal pula meragam. Piston enjinnya pecah. Aku tahu sangat... ini penangan merayakan tahun baru yang luar batasan. Aku pun sedih mengenangkan gelagat anak muda seperti dia yang hanya tahu berseronok.
Malam nanti, Angah buat majlis ulangtahun Marissa dan Qaisara sekaligus. Walaupun aku bukan minat sangat bab-bab sambut harijadi ini tapi kalau di sudut lain ianya baik untuk merapat silaturrahuim sesama keluarga, kira oraitla... Aku taja 250 cucuk sate malam nanti.
Along tak jadi balik tahun baru ni. Kena stand by, katanya. Dia pilih cuti Hari Wilayah. Aku okey jer sebaliknya ibu_suri ajelah yang mengomel.
Namun, yang tentunya... ibu_suri dah tak sabar nak beri hadiah kepada cucu-cucunya malam hari nanti..
7 ulasan:
Salam Maulidur Rasul IM. Semoga Ibu Suri cepat sembuh...
Seronok dapat bersama2 keluarga dalam suana harmoni...
apa agaknya hadiah dari ibu_suri tu... :)
minggu lepas memandu balik johor dalam keadaan sakit kepala, hidung sumbat, mata pedih. makan fisherman ni dah macam makan kacang dah. sudahnya, makan 5 biji sekaligus sampai pedih lidah.
musim hujan sekarang ni kan...
taman buah pala kat mana IM..?
Salam maulidur rasul IM...dan selamat melangkah ke thn baru
yan memang sentiasa sedia fisherman ni di dalm beg...lozeng jenama lain tak berkesan di tekak yan...
wah sate tu...kalau dekat nak juga terjah rumah im..nak berbual dengan ibu suri...
Catat Ulasan