Ahad, 1 Februari 2015

Hati Yang Kotor

Along baru sahaja balik dari Kepong, malam semalam. Aku ajak dia beriadah bersama aku, pagi ini. Aku bangunkan ibu_suri dari tidur yang masih. Kalau tak diajak dia bersama kemudiannya dia tahu aku berpergian pula dengan Along, pastilah dia akan berkecil hati. Walaupun pada dasarnya, aku lebih senang beriadah bersendirian.

Bingkas sahaja ibu_suri ke bilik air. Aku ingatkan dia cuma ke tandas tapi rupanya...

"Abang... mai sat."

Sahihlah... dia mandi. Semakin lambatlah nak pergi ni, getus hatiku sambil mengerling jarum jam yang hampir ke nombor 9.

"Sabun jatuh dalam kolah."

Aku memandang ke kolah. Airnya keruh. Aku raba sabun di rak, dah kembang. Kerja sapa pula ni, getus hatiku lagi sambil terbayang  Along dan Akmal... 2 orang saja yang ada di rumah aku sejak semalam selain aku dan ibu_suri.

"Tak apalah... Nanti dia jernih sendiri..." jawapku yang sebenarnya malas nak fikir lebih jauh.

Namun kemudiannya di dalam hati merasakan betul juga jawapanku tadi. Jika aku biarkan saja air keruh itu begitu tanpa perlu dibuang, gunakan macam biasa untuk mandi sambil paip air yang dibuka akan meluncurkan air baru yang jernih dari tangki, lama kelamaan air yang baru yang jernih akan memenuhi kolah yangmana air yang keruh tadi digunakan untuk mandi.

Begitulah juga hati kita yang kotor. Jika selalu di isi dan di usap dengan unsur-unsur yang baik, tentulah akan bertukar menjadi bersih.

7 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

semoga sentiasa ceria dan bersemangat menempuh hidup...

sud@is berkata...

penuh tersirat cerita /motivasi

iryantyismail berkata...

insyallah im..

kalau kat umah yan..mmg selalu celup sabun dalam air..huhu...dah terbiasa macam tu..

JR berkata...

Kalau saya pukul 9.00 pagi dah malas nak pergi joging - panas! Saya suka joging pukul 7 - 8 pagi atau waktu petang 5.30 - 6.30 petang...

Sani Sini Sana berkata...

Kolam yang selalu air nya keluar biasanya lebih bersih berbanding dengan yang bertakung...dalam maksundya...

Hero Borneo berkata...

menarik juga perumpamaan begini...ada logiknya

insan marhaen berkata...

kamsiah,
memang saya berharap begitu. tapi terkadang kantoi juga...

sud@is,
saya seboleh-boleh mahu menulis dengan sesuatu yang tersirat.

kadang-kadang bila saya bercakap juga begitu. cuma yang mendengar/membaca itu sahaja memahami secara permukaan atau dapat menyelaminya.

iryanti,
ini bukan lagi celup tapi dah terendam lama.

jr,
saya susah riadah awal sebab kena persiap rumah dulu serba sikit. keluar pukul 8 tapi sampai ke lokasi hampir jam 9.

SSS,
erti sedalam air yang bertakung..hehe..

HB,
terpulang kepada dayafikir seseorang