Isnin, 2 Februari 2015

Kebersamaan di Puncak Mutiara

Malam tadi sekeluarga kami bermakan malam di Puncak Mutiara Cafe. Walaupun dah lama bermastautin di sini namun ke PMC, ini baru pertama kali.

Along belanja sebenarnya. Dan bila ada orang nak belanja di lokasi makan yang agak istimewa mestilah besar belanjanya. Besar belanja tentulah besar persediaan koceknya.

Pertama kali juga rasanya Akhmal mahu ikut sama makan bersama kami. Selalunya sebelum ini susah nak ajak dia. Pernah dulu semasa makan di De Pauh Garden, dia dah duduk pun bersama kami di meja. Secara tiba-tiba sahaja dia bangun dan keluar. Tak lama aku mendapat sms dia dengan nada rajuk dan jauh hati. Kononnya siapalah dia yang hanya anak angkat untuk layak makan besar bersama kami. Allah sahaja yang tahu betapa luluhnya hati aku saat itu.

Pada aku PMC boleh kira hebatlah sebab ianya diusahakan oleh orang Melayu kita. Tapi mungkin disebabkan aku dah biasa makan menu ala makanan barat seperti di Victoria Station dan The Ship tatkala pergi outing dengan Small Group Activities (SGA) semasa bekerja dulu, buatkan keterujaan aku kurang. 

Namun yang penting sebenarnya adalah kebersamaan dengan anak menantu dan cucu. Bagi seorang manusia yang sedang berjalan meniti hari-hari terkhirnya ini tidak ada yang lebih berharga dari mengecapi kemesraan dan kasih sayang keluarga.

Dan untuk mengujudkan semua itu, aku perlu menjadi pemangkinnya. Dan untuk menjadi pemangkin... aku perlu banyak mengorban kepentingan diri.

"Lagi sekali, kalau ada rezeki, kita pi makan nasi arab Hadramout kat Kepala Batas,ya!"...

11 ulasan:

CikguAreefNaim berkata...

Salam,

dapat meluangkan masa bersama family adalah saat terindah yg sukar utk dilepaskan.

bg akhmal sukar utk menerima hakikat... tp, in syaa allah berkat doa ia akan menerimanya juga...

Saniah berkata...

kalau sesekalali makan luar bersama family memang meriah,, lagi2 bawa sekali keramat hidup kita iaitu kedua orang tua kita bersama,, tiap kali balik kampung pasti sehari makan di luar bersama mereka,,tengok mereka seronok kita pun jadi seronok,,

shaliza berkata...

Orang belanja lagi sedappp:-)

Bunda_nora berkata...

Assalam IM...

Bersua kembali dialam maya ini...
Sesungguhnya begitulah...jangan dihampakan ajakkan anak2 dan orang tersayang...

Tak perlu pentingkan diri...sebaliknya saling menjaga hati demi mengeratkan tali silahturahim sesama sendiri...

Tentu meriahkan...

JR berkata...

Saya lebih suka beli dan makan di rumah kerana anak2 selalu mengelak utk makan di luar, akhirnya kalau makan di luar cuma saya dan isteri, anak2 cari jalan tak nak pergi...

Najib Ariyan Ali Basha berkata...

Saya setuju ngan JR... kalau makan di luar akan banyak sangat idea yg datang... sorang nak makan sana sorang nak makan sini... so kalau ngan family biasanya buat yg hebat2 kat rumah jer

salam singgah

Hero Borneo berkata...

makan kat luar bolehlah sekali sekala..

ia penting untuk memberi kegembiraan kepada anak-anak

kakrose berkata...

itulah nikmat di hari tua..bila kita di kelilingi orang2 yg sayang pada kita.

iryantyismail berkata...

akhmal semakin matang..mudahan dia dapat fikir baik buruk setiap perbuatannya..selepas ni..

sesekali makan besama memang nikmat kan im..lupa sekejapasalah yang ada..

Kamsiah yusoff berkata...

memang besar belanjanya kalau menjamu selera kt PMC..:)

Tanpa Nama berkata...

As salam Yob
Tak ajak member rsm pun....