Halaman

Sabtu, 14 Februari 2015

Nasi Kandar Beratur


Dah banyak hari sebenarnya aku berasa kurang sihat. Sakit kepala kat penjuru mata dan sesekali badan seram sejuk. Tapi nak mengadu kat sapa ekk... Bila beritahu ibu_suri, dia cuma senyum simpul... Mengadu kat Akhmal dia camdek kita balik.. tu la.. ayah suka tengok komputer dalam gelap..

Tadi ibu_suri ajak juga aku bawa dia makan kat nasi kandar beratur di Jalan Talikom, Bagan. Dah banyak kali dia minta aku bawa dia ke sana. Tak larat nak taici dah... ibu_suri memang dari sihatnya dulu begitu.. keras hati.

Bukan apa, namanya saja dah nasi beratur... kena beraturlah... tu yang aku malas tu. Aku pun bukannya boleh berdiri lama.

Sampai di sana jam 10.30 malam. Aku tengok orang dah beratur panjang. Aku pun ikut beratur. Tapi... aisey... rupanya, gerai tu cuma buka jam 11. 

Aku belum pernah makan nasi kandar ni. Entah apa sedapnya sampai Melayu, Cina dan India sangup sesama beratur panjang.

Restoran utamanya ( Restoran Jamal Mohammed ) ada kat seberang jalan tapi tak ramai yang pergi makan di sana sebaliknya gerai kecil ini juga yang jadi tungguan. Cakap-cakap yang aku dengar dari orang yang sama-sama berbaris... agaknya sebab ianya berada di bawah pokok ketapang kot!

Aku tanya pada ibu_suri yang sedang makan... sedap tak? Boleh tahan.... jawap ibu_suri. 

Kalau ibu_suri cakap boleh tahan, kira... tahap kesedapan pada dia hanya C.

Sebaliknya bila aku tanya Akhmal, sedap?

"Sedap. Kalau tak, tak habislah nasi dalam pinggan ni..."

Jangan tanya aku sebab aku cuma belikan untuk mereka berdua saja. Memang beginilah aku... Perut aku masih terasa kenyang dek makan nasi semalam yang aku goreng semula jam 5 petang tadi. 

Dan lagi, tekak aku ini tak semacam ibu_suri yang pantang dengar ada makan yang sedap, mesti nak cuba....

11 ulasan:

Bearcat berkata...

Saya bukan penggemar nasi kandar. Tapi saya memang prefer nasi kandar yang kedai ada waktu buka dan tutup berbanding kedai yang tak pernah tutup-tutup (24 jam) hehehe.

Tanpa Nama berkata...

Saya memang tak adventurous bab makanan. Saya tak pandai nak nilai makanan apa yg sedap. Sebab tu saya tak ada makanan atau minuman kesukaan. Kecuali air putih tu memang saya suka

ANIM berkata...

saya tertanya-tanya, siapakah informer ibu suri agaknya..heee

JR berkata...

Saya tak ingat bila kali terakhir saya sentuh nasi kandar, walaupun anak2 dan isteri saya dalam sebulan mesti sekurang-kurangnya sekali makan nasi kandar. Dan selain itu saya juga tak begitu pasti bila kali terakhir saya makan nasi waktu malam (termasuk berbuka puasa bulan Ramadan), mungkin 3 tahun lepas???

❤Kamsiah❤ berkata...

nasib baik sya bkn pengemar nasi kandar hehe

Murni Alfathunnisa berkata...

kat pokok ketapang ni memang bukak pukul 11, kalau dah teringin sangat...siang2 terjah je jamal mohamad tu..tak susah nak beratur panjang.
lama jugak dah tak pi..

Bunda a.k.a KN berkata...

Biasanya macam tulah IM...kita yang banyak dok dan masaK kat dapur ni lebih tahu...yang mana makanan lebihan yang perlu dibuang dan diolah semula untuk dimakan ...takut membazir ...

iryanty ahamad berkata...

tak pernah makan nasi kandar... :-((

Tanpa Nama berkata...

Sedap juga nasi beratur tmpt ni..esok jam 4pg kn amik anak kt stesen bas jetty..boleh la singgah mkn..tp time tu tak beratur dah la..hehe

Ibu n Abah berkata...

Ekekekeke
Akak pun sama dgn ibu suri
Pantang dgr org ckp sedap.. Mesti nak cuba jugak
Tp masa akak tinggal di Glugor.. Akak suka mkn yg di hotel merlin. Mmg sedap dan puas hati.
Sikit lg akak nak tanya IM... Sedap tak?
IM ni kuat iman betol. Akak kalau dah kena berator panjang cenggitu... Perut kenyang pun akak akan cuba... Baru berbaloi beratuq....

Tanpa Nama berkata...

Suka jugak cuba-cuba... Suami tak pulak. Fuhh.. 3 tahun sdra JR tak makan nasi malam...tak blh dibygkan...kecuali satu rumah tak makan nasi malam....