Halaman

Isnin, 16 Februari 2015

Sedap Air Soya Ni!


Aku sengaja memilih berjalan kaki balik dari menghantar Kancilku untuk diperbaiki di Asia Tyre, Penanti daripada meminta tolong mereka menghantar aku. Sedari awal aku memang berniat untuk beriadah. Justeru itu aku siaga dengan seluar dan kasut sukan.

Boleh tahan juga mencabarnya perjalanan meniti bibir jalan raya yang berdebu dan sarat kenderaan ini. Melihat lebih dekat pelbagai ragam suasana seperti tong sampah yang busuk dan bersepah, parit yang tak diselenggara, pelanggan memakir tunggangan sesuka hati di pintu kedai....

Tidak pula terasa jemu atau letih malah berasa amat santai dan menyegarkan. Mungkin dek kebiasaan aku beriadah saban pagi sebelum ini.

Sesampai di simpang masuk taman kediaman, hati tergerak nak singgah minum di gerai depan SM Taman Guar Perahu Indah.

Sungguh sedap rasanya air kacang soya yang sejuk serta berbekaskan stainless steel ini. Seteguk demi seteguk aku lalukan di kerongkong perlahan-lahan. Betapa nikmat sebegini jarang-jarang aku rasai. Agaknya seperti inilah kepuasaan yang dialami oleh orang yang bekerja membanting tulang empat kerat di sawah, di tapak pembinaan atau yang gelandangan pabila mendapat makanan yang walaupun tak seberapa.

"Berapa harga?"

"5 kupang"

Terasa pula murahnya...

"Sedap air ni!" ujarku lagi penuh ikhlas.

Wanita itu yang mungkin isterinya memulangkan kembali baki dari seringgit yang aku beri. Tampak inai di tiga jarinya yang masih merah.

9 ulasan:

Kakzakie berkata...

Air soya pengantin baru ye IM tambah sedap ada seri pengantin baru:)

insan marhaen berkata...

kak zakie,
tak pasti pengantin baru atau pengantin lama....

Bearcat berkata...

Pakcik air soya ni dah lama kan meniaga kat situ?

Jual air soya ja tapi pendapatan boleh tahan hehe.

smbotak berkata...

eh...? murahnya. saya rasa cemburu...

ANIM berkata...

masih ada lagikah bekas minuman stainless steel utk pelanggan...
payah nak jumpa

insan marhaen berkata...

bearcat,
penjual ni rasanya mungkin setahun ni mula niaga.

smbotak,
kalau minum situ murah sikit berbanding kalau bungkus. katanya kalau bungkus plastik lebih menguntungkan pengguna berbanding bungkus guna cup.

anim,
masih ada malah saya selalu jumpa penjual soya guna cawan steel.

kalau tak salah nasi kandar beratur yang saya tulis sebelum ini guna pinggan steel kalau makan di meja.

JR berkata...

Dalam keadaan cuaca panas kering seperti sekarang minum air soya sejuk2 sangat menyegarkan tekak. Kalau 5 kupang memang sangat murah, di tempat saya tak ada minuman berais yang kurang dari seringgit...

iryanty ahamad berkata...

kat tempat yan segelas dah rm2 im...kalau dekat dengan yan..ari2 yan belu..huhuhu

insan marhaen berkata...

jr,
peniaga minuman memang bergantung pada cuaca. kalau cerah cuaca cerah rezeki mereka...

iryanty,
rm2 itu mungkin gela sbesar kot. yang saya minum itu gelas kecil... sesuai dengan saiz tekak saya...