Rabu, 11 Februari 2015

Resah

Entahlah... kenapa aku tiba-tiba saja merasai resah malam ini.

Luka di lutut Akhmal dah beransur kering. Dia tak mahu buat dressing di klinik sebaliknya lebih tega buat sendiri di rumah. Memandikan dia, menyediakan makan dan mengemaskan tempat tidurnya seperti satu tugas tambahan pula. Kawan-kawannya sudah mulai membanjiri rumah buatkan aku seperti kehilangan privasi.

Kekadang Akhmal dan ibu_suri meragam dalam masa serentak. Saat sebeginilah kesabaran dan ketenangan dalam hati itu perlu. Bila ada masa-masa terluang selepas semuanya diselesaikan, aku curi-curi untuk berlama di masjid. Ada kalanya aku lelapkan mata sambil dengar lagu di dalam kereta sebelum atau selepas keluar masjid.

Tidak tahulah.... berapa lama aku akan berhadapan dengan rutin hidup yang seperti ini. Letih dan jemu. Tidak ada kebebasan untuk berbuat sesuatu yang aku suka seperti suami-suami lain...

6 ulasan:

Bunda_nora berkata...

Semoga diberi kekuatan dan ketabahan untuk IM...aamiin

JR berkata...

Ada juga suami2 lain yg mungkin menghadapi keresahan yg hampir sama seperti IM tapi cuma menyimpannya dalam hati kerana merasakan terlalu peribadi untuk didedah dan dikongsikan. Kadang2 ujian Allah didatangkan dalam pelbagai cara dan kita sebagai makhluk yg lemah kena tabah menghadapinya...

Ibu n Abah berkata...

IM
Dugaan IM ini mmg berat mata memandang berat lg bahu IM yg memikul. Akak doakan semuga ALLAH mempermudahkan segala yg IM hadapi. Bukan calang2 org yg ALLAH berikan dugaan ini. Bertabahlah. Kehidupan kita di dunia ni sementara saja... Kehidupan disana yg kekal abadi.

iryantyismail berkata...

tangungjawab im ..jangan pernah jemu dan putus asa..kerana meraka bukan pinta jadi begitu...sabar yer im walaupun sukar..mreka adalah amanah ..im..

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams uncle,

saya doakan uncle sentiasa kuat dan bersemangat, semoga allah swt sentiasa melindungi, amin:)

Tanpa Nama berkata...

selepas IM menulis di blog, pasti lega sikit dan IM kembali kuat dan bersemangat berjuang untuk kebajikan keluarga dan memikul tanggungjawab sebagai ketua. IM dah berjaya selama ni, sekali merosot semangat, akan kembali meningkat berkat doa2. IM boleh iA.