Hari ini aku berasa amat tidak bersemangat. Beriadah pagi tadi pun setelah aku paksa diri ini untuk bangun menyarung seluar trek.
Balik riadah, aku beli sahaja nasi bungkus untuk makan tengahari. Malas masak. Ragam ibu_suri dan Akhmal menokok kebosanan aku hari ini.
Tak tahu apa yang berlaku kepada Akhmal. Bunyi perbualan di talipon dan raut wajah dan tingkahnya menggambarkan semua itu.
Dan aku pula tak boleh jauh sikit dari ibu_suri. Ada saja dia memanggil...
"Abangg... you buat apa? Mai la sini..."
"Abangg... picit la kaki ni. Sakit.."
"Abangg.. nasi ni tak sedap. you perabis la..."
Aku rindu dengan dengan kengkawan. Aku rindu hendak beraktiviti dengan mereka. Mengisi saki hidup dengan berbakti kepada masyarakat luar.
Sebelum keluar beriadah tadi, rutinnya aku isi perut dulu dengan sekeping roti bersama teh puerh. Sambil itu buka laptop membaca facebook. Terjumpa gambar sahabatku - Fuzi Embi (atas) di sini. Kami sesama kerja di Renesas. Sesama pula berhenti kerja setelah terima MSS (sini). Dia kemudiannya kian ligat dengan kerja amal sedang aku lepak saja di rumah.
Selesai urus ibu_suri makan, basuh pinggan dan mandikan, aku ambil bantal dan baring. Ntah bila lelap dalam bebelan.
Aku percaya beginilah juga perasaan dan semangat adikku yang menjaga mak yang lumpuh sebelah badan sejak bertahun-tahun. Baru-baru ini dia menghantar mesej bertalu-talu kat sini.
Aku harap dia akan tetap sabar dan tabah dalam menjaga mak. Memang hanya dialah ayam tambatan keluarga kami.
5 ulasan:
Hanya kita yg merasai tahu dan faham apa yg di rasa. IM, akak sentiasa berdoa moga payah kita adalah payah yg sementara..InsyaAllah , Tuhan telah sediakan perancangan ygvterbaik buat kita cuma kita tak tau apa, bila dan bagaimana.
You r not alone IM
berbakti kepada isteri juga satu amanah im...jagalah ia dengan hati yang rela sementara masih ada im
kalau saya nak cakap,sabarlah im, rasanya im memang dah banyak sangat bersabar.
Cuma mampu saya katakan, redhalah setiap kali hati berbisik pilu.Redhalah tika hati terasa jemu.Redhalah setiap kali keliru.Dan redhalah sehingga kita dapat melihat hasil kesabaran kita.
Saya yakin kerana redha itulah im masih mampu meneruskan hidup yang penuh dugaan ini.
asmkm
apa yang sedara buat sekarang adalah amal kebajikan pada seorang umat manusia yang lain dan amat memerlukan. bedanya ianya 24/7 dan sampai akhir hayat. renungi lah dan jangan persoalkan bila bosan di rumah. bila bosan keluar rumah barang seketika dan balik bila reda. Jangan di ikutkan hati
banyakkan la mengaji supaya rumah menjadi lebih tenang dan sejuk...
dan perbanyakkan lah membuat sembahyang qada dengan lebih masa di rumah.
Perbetulkan pembacaan utk dunia dan akhirat.
ketenangan itu datang dari dalam diri dan hati jiwa sendiri. Alquran itu peneman dan ubat jiwa yang resah.
amalan itu bukan hanya ikut kemahuan sendiri tapi yang ditetapkan Allah swt tertulis di loh mahfuz.
Definisi kerja amal adalah sangat besar hinggakan ianya terlalu luas dan tidak bertepi.
Menjaga orang sakit terutama org terggangu jiwa dan akalnya adalah amal. tidak perlu di fikirkan dunia di luar utk beramal kerana kerja amal menjaga ibu suri dan keluarga adalah amal dan keikhlasan mendapat berkat dan rahmatNya.
terima aksih atas pesanan dari kalian semua..
Catat Ulasan