Ahad, 15 Mac 2015

Tak Habis Habis!

Memang letih. Kekadang nafas pun terasa pendek.

Begitulah selalunya jika aku balik ke rumah samada dari beriadah atau bawa ibu_suri jalan-jalan.

Sesampai di rumah, barang dalam kereta perlu di keluarkan dan letak samada ke dapur atau ke dalam bilik. Ternampak kain di ampaian, ambil lalu kelaskan ke almari berkenaan. Kalau biar tersepok saja atas kerusi atau meja, akan di situlah sampai bila-bila. Takkan ada orang lain nak kemaskan.

Bila ke dapur, ada saja pinggan/cawan di singki. Basuhkan dulu. Kekadang tak sempat habis membasuh, ibu_suri menjerit dari bilik air minta dibantu. Mau tak mau, berhenti dan uruskan dia dahulu. 

Kemudian dia peringatkan aku belum makan ubat; aku ke dapur untuk sediakan. Bila ke bilik, aku gantungkan pula baju dan tudung ibu_suri di penyangkut.

Kekadang, bila rasanya dah habis berkemas, aku labuhkan punggung ke kerusi depan tv, terjerit lagi ibu_suri dari dalam bilik;

"Air botol ni dah habis...."

Aku ambil pulak botol air dari stok baru. Bila nak buang botol kosong ke tong sampah, tong sampah dah penuh. Ambil dan buang pula ke belakang. Kemudian gantikan kepada plastik sampah yang baru.

Sambil lalu itu kerling ke dalam baldi.... dah hampir penuh dengan pakaian kotor. Kalau rajin aku terus masukkan ke mesin dan basuh. Sebaliknya kalau dah naik malas, esok saja.

Tup..tup.. dah masuk waktu solat. Kekadang sempat aku ke masjid. Kekadang aku solat saja di ruang tamu.

Memang meletihkan. Rasanya kalau aku masih bekerja macam dulu lebih baik. Kalau tension kat ofis, boleh juga keluar ke kantin minum dengan kawan-kawan sekejap.

Beginilah tugasan seorang isteri sepenuh masa, rupanya. Kerja yang tak akan habis-habis selagi tak tutup mata. 

Ini pun kira nasib baik sebab anak-anak dah besar. Kalaulah anak-anak masih kecil.... alahai... berdepan dengan lampin, sabun dan beruslah pula!

6 ulasan:

Ismail aka Pak Mail berkata...

Besar pengorbanan saudara. Rasanya tak terbuat oleh saya....

JR berkata...

Kita serupa...Agaknya majoriti suami di dunia juga melakukan perkara yg serupa untuk rumah mereka sebab saya tengok rakan sebelah rumah juga seperti IM dan saya yang melakukan banyak kerja rumah lebih dari isteri hakiki. Cuma kami masih beruntung kerana isteri masih sihat dan ada kerjaya sendiri.

Zaman suami goyang-goyang kaki, perintah isteri buat itu ini agaknya cuma tinggal dongengan dalam drama TV yang tak berpijak realiti kerana sebenarnya tanggung jawab suami melebihi isteri ketika di rumah...

iryantyismail berkata...

yan rasa kalau ibu suri sihat seperti zaman muda dulu..rasanya im takkan wat kerja sebanyak itu...ibu suri kan tak sihat jadi suami lah kena buat...alah lgpun isteri kan...buruk baik dah amanah dan tanggungjawab...sementara ibu suri masih ada ..jagalah ia sebaik mungkin im..kumpul saham akhirat banyak2...pahala terbentang didepan mata..kumpul sebanyak mungkin...jangan merungut..nanti apa yang dkerja kan hanya dapat penat..kan rugi tu...

Myliferia berkata...

Semoga terus diberi keuntungan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Rasa sangat terharu membaca pengorbanan ini

Ibu n Abah berkata...

IM mmg bagai suri rumah sepenuh masa sekarang.
Bukan semua lelaki mampu melakukan seperti IM. Ganjaran yg besar menanti IM disana. Aamiin.

Tanpa Nama berkata...

A ah.. gitulah tugas dan rasa suri rumah sepenuh masa. Tugas mengurus rumahtangga ni tak ada hasil dalam bentuk kewangan pula. Jadi kekadang org tak perasan signifikannya. hehe...

IM mengeluh mungkin kerana bukan fitrah lelaki dgn tugas2 di rumah macam tu. Namun setakat ni.. IM berjaya menghadapinya.. mdh2an terus tabah dan dipermudahkanNya.