Halaman

Sabtu, 18 April 2015

Damai


'Jumaat adalah hari untuk abah.'... begitu status yang aku tulis dalam fb semalam di sini.

Aku berpegang kepada prinsip hidup bahawa menjaga mertua adalah sama pentingnya seperti menjaga mak dan abah sendiri. Namun ianya tidaklah semudah dan seindah menulis di fb atau wassup

Adakalanya aku rasa beruntung dengan jerihpayah aku menjaga ibu_suri sedari 2008 dia dihinggapi mood disorder hingga sekarang. Pengalaman itu membuatkan aku menjadi matang dan berguna bilamana perlu pula memberi perhatian kepada mak yang diserang stroke dan mertua yang semakin uzur. Keras hati bapa mertuaku persis ibu_suri juga. Apa yang dia inginkan mesti ditunaikan..... segera.

Kini menjadi rutin setiap Jumaat untuk bawa abah solat Jumaat. Bagi aku, apa guna ada kereta yang baik kalau tidak digunakan untuk hal kebaikan seperti ini. Aku cuba jujurkan hati ini untuk mahu berbakti kepada abah yang dulu membesarkan ibu_suri... anaknya yang kini menjadi isteriku; ibu kepada anak-anakku dan opah kepada cucuku. Peluang terbaik ini mesti aku rebut sementara mereka semua masih hidup. Biarlah apa ipar duai bercakap, aku harap Allah hadiahkan aku rasa damai dek keihlasan aku ini - bak kata Ebiet G Ade di sini.

Rasa puas bila semalam aku dapat membawanya pergi gunting rambut di salun kegemarannya di Jalan Datuk Keramat serta kemudiannya membawanya beli barang-barang keperluan dapur di Hujung Pasir.

Damai dan bahagia ini aku seorang sahaja yang rasai namun tidak dapat aku nak gambarkan kepada sesiapa hatta ibu_suri dengan perkataan. Sabar sahaja melayan kerenahnya dan mendengar celotehnya yang sama macam yang sebelum ini juga.

Juga, Damai dan bahagia ini sebenarnya telah dapat menawarkan sedikit resah dan jemuku menjaga ibu_suri sekian lama...


7 ulasan:

smbotak berkata...

kedai gunting, antara tempat paling kerap saya kunjungi. dua kali sebulan untuk cukup kepala. dia punya feel lain macam kan?

iryanty ahamad berkata...

jangan mudah jemu im..ibu suri kan isteri im...jagalah dan sayanglah seperti dulu..

Nor Azimah berkata...

apa lagi yg dapat dikatakan..beruntung ibu-suri tu dapat im..kalau org lain tak taula, jarang ada suami sesabar im ni..takpelah,mudah2an ada baik.

mak kt kampung kena selalu jenguk juga im..

ANIM berkata...

dia mendoakan IM dalam diam-diam..
percayalah..

Sham berkata...

Samala kita IM...abah sy ni asal jumaat msti nk folow sy gak padahal dia duduk serumah ngan adik sy...tp sy suka je...n bangga lg...

insan marhaen berkata...

terima kasih atas komen.

InsyaAllah, saya akan cuba menjaga mereka... ibu_suri, mertua dan mak saya sebaik mungkin...

Dan semua catatan dalam blog saya ini adalah bukti bertulis tentang susahpayah saya menjaga mereka...

Tanpa Nama berkata...

salam

kurang kurang dia nak pi semayang. Ada orang tua dah jadi budak budak balik mcam masa dia kecik liat nak semayang dan tak nak semayang.
galakan nak semyang dengan berpakaian baru..

sudah lihat dengan mata sendiri... ujian dunia.