Halaman

Ahad, 19 April 2015

PAI


Tadi pagi aku hadiri PAI (Perhimpunan Ahli IKRAM) di Kompleks Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang. Seronok dapat bertemu dengan kawan-kawan lama termasuk rakan-rakan grup nasyid Muhajir, Dr Danial dan Mohd Rashid Hasnon - TKM 1 Pulau Pinang.

Lebih 'best' sebab aku pergi sendirian; ibu_suri tinggal di rumah. Agak bebaslah aku bergerak dan ngobrol dengan kawan-kawan. 

Selain ahli IKRAM, ada juga VIP jemputan seperti dari Suaram, Chinese Town Hall, Aliran dan pihak wartawan yang semuanya dari akhbar Cina. Heran pula... tidak ada wartawan dari akhbar Melayu yang hadir.

Sudah tentulah soalan dari kawan-kawan terhadap aku ialah... apa yang aku buat sekarang dan bagaimana kesihatan ibu_suri. Dah letih menjawap soalan yang sama seperti itu sebelum ini buatkan aku menjawap ringkas sahaja.... aku tak kerja dan ibu_suri ok jer...

Ramai yang dah putih rambut mereka dan ada yang dah perlahan pergerakannya. Tetapi semangat mereka dalam usaha dakwah buat aku rasa kerdil.

Apapun... kita punyai bahagian kita masing-masing yang diberi Tuhan. Kalau tidak A kita dapat B. Yang penting kita bersyukur dengan apa yang kita terima dan berusaha mencari dan memperbaiki mana yang kurang. Yang penting kita take it easy... walaupun tak berapa easy!
.
.
.

Okey... permisi... nak sediakan minuman petang untuk ibu_suri... dia dah bagi signal tu!

7 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

:-)) sesekali dapat bebas rasa nikmat kan im...hilang sekejap masalah

Bearcat berkata...

Saya pun tersenyum teringat masa zaman kanak-kanak dulu selalu tengok IM and the gang. Masa tu IM muda lagi...cepat betul masa berlalu :-)

❤Kamsiah❤ berkata...

bagai dapat merasakan 'keseronokan' IM..

Nor Azimah berkata...

Alhamdulillah....lapang kejap yea:-)

Nor Azimah berkata...

Alhamdulillah....lapang kejap yea:-)

Kakzakie berkata...

Memang malu melihat org yg istiqomah dalam berdakwah. Tapi macam IM kata tiap kita ada bahagian masing-masing. Macam IM kakak rasa kalau ibu_suri sihat agaknya IM ligat ke sana-sini berdakwah ikut geng...

insan marhaen berkata...

Terima kasih.

Memang benar, bila ada peluang bersendirian tanpa ibu_suri mahupun anak-anak, terasa aman, lega dan lapang dada.

Begitu berharganya saat-saat itu!