Halaman

Selasa, 21 April 2015

Hujung Minggu

Aku tadi ke Hotel Seri Malaysia yang terletak di dalam kawasan Kompleks Kailan, Kepala Batas. Pada 26hb ini, kawan-kawan lama semasa belajar di Institut Kemahiran MARA, Kuala Lumpur dijangka datang untuk mini re-union.

Akulah yang gatal sangat kemuka cadangan itu. Jadi bila ada di antaranya yang bersetuju; biasalah fe'el orang kita... yang mencadang itulah yang terpaksa pikul beban melaksanakan idea itu.

Nasib baiklah... pengalaman aku yang pernah menjadi ahli jawatankuasa sesuatu program anjuran NGO sebelum ini dapat aku gunakan dalam mengurus perjumpaan ini.

Tak sangka aku, rate sewa hotel di Seri Malaysia mahal yakni serendah RM190. Menelan air liur sendiri dibuatnya bilamana sebelum itu aku berangan untuk membuat tempahan satu bilik untuk kemudahan ibu_suri menginap. Sepanjang pengalaman aku menyewa hotel untuk ibu_suri ialah RM100.. itu dah kira cukup elok.

Tapi istimewanya hotel ini ada bilik khusus untuk golongan OKU. Aku belum tengok lagilah macamana rupanya bilik hotel itu tapi menurut staf di kaunter, bilik itu berada dekat dengan lif, bilik airnya seluas kerusi roda dan ada pemegang.

Untuk makan, ada restoran di sebelah bernama Restoran Delima. Kalau untuk kami yang dijangka bersaiz 6 orang digalakkan guna hidangan ala carte. Aku pun taklah berapa reti sangat maksud perkataan ala-ala Itali ni. Whateverlah!

Hujung minggu ni memang hujung minggu yang padat bagi aku. Disamping ada jemputan kenduri dari jiran setaman merangkap rakan facebook - Melorwati di mana dijangka blogger Citarasa Rinduan juga akan hadir, akan ada penamaan calun PRK Permatang Pauh yang selalunya aku tak pernah miss dan juga perjumpaan waris keluarga mertua di Kampung Batu 3, Jalan Pahang, Tapah perihal urusan tanah pusaka.

Kekadang begitulah... kalau senang hingga tak tahu nak buat apa. Kalau sibuk... nak ke bilik air pun tak sempat!

11 ulasan:

Nor Azimah berkata...

Assalam....moga hari ini bertambah baik buat im sekeluarga

Kakcik Nur berkata...

Ingatkan kakcik nak turut hadir di majlis Melorwati, tapi mungkin tak kesampaian kerana ada jemputan lain di Teluk Intan...

Kakzakie berkata...

Kakak percaya IM mampu menggalas semua itu. Tapi yg kakak suka Ibu_Suri dpt pergi sama walau mungkin tak di majlisnya. Bagi dia rehat dan menikmati keselesaan hotel ok juga tu:)

Moga semuanya berjalan lancar.

insan marhaen berkata...

kak zakie,

memang ibu_suri akan menginap sekali jika sewa hotel berbaloi sebab senang sikit saya nak buat kerja dan sekali gus pantau kebajikan dia.

tapi tu dia aih... rate sewa hotel SM....

tengah timbang di sudut aulawiyat..

pB berkata...

moga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat

aTieYusof Family berkata...

Salam kak.. follow sini..
mesti seronok nti bila ber mini re-union.. cuma caj tu mmg agak mahal kan.. takpelah janji seronok nti sesekali berjumpa kawan2..

iryanty ahamad berkata...

semoga semua urusan in..dpermudahkan..amin :-))

❤Kamsiah❤ berkata...

semoga semuanya berjalan seperti yg dirancangkan.

Bearcat berkata...

Bagus IM, dalam kesibukan masih menerima tanggungjawab arrange reunion. Jangan lupa ajak depa makan pasembor di kedai mamak seberang jalan dengan hotel. Bagi saya pasembor kat situ simple, murah dan sedap! :-)

JR berkata...

Sesibuk mana pun kita pasti famili jadi prioriti nombor 1...

ANIM berkata...

sebab tu IM, kalau ada idea dalam mesyuarat malas nak buka mulut sebab tau dah..lepas tu kita kena take over. camna tu...

"A busy life makes prayer harder but prayer makes a busy life easier" ~Dr.Bilal Phillips~