Hari Jumaat aku pergi ke Kampung Batu 3, Jalan Pahang, Tapah untuk bersama keluarga mertua dalam urusan hal tanah pusaka. Disamping meraikan permintaan mereka supaya aku ada bersama, dapat juga aku keluar dari suasana rumah yang melemaskan ke suasana perkampungan yang sejuk dan damai.
Puas hati rasanya memandu Viva aku yang baru saja ditukar dari rim biasa kepada rim sport. Rim ini adalah pemberian ori dari Viva Elite Angah. Dia beli rim sport yang baru. Pada pengamatan mata aku yang otai, rim ini ok la... Selain nampak sporty, taklah sangat groovy. Dan lagi, aku tak perlu lagi fikir pasal ganti jika cover rim lama aku pecah lagi nanti.
Walaupun pemanduan terasa berat tapi pergerakan kereta di atas jalan stabil. Pemasangan sound proof di pintu kereta juga banyak membantu pada kemantapan pemanduan dan kurang bunyi bising. Buktinya, jika sebelum ini tombol volume pemain cakera padat aku selalu di putar ke 10 kini sekadar ke 9 atau 8 mengikut kualiti suara cd. Cumanya aku agak, penggunaan petrol akan lebih sikit dari biasa.
Bapa mertua aku memang suka jika aku ada bersamanya di kampung. Aku tak banyak kerenah melayan mahunya ke sana ke mari. Lepas solat Jumaat, dia ajak aku ke Pekan Tapah, beli itu dan ini. Keesokan paginya pula dia awal-awal lagi ajak aku ke Jalan Baldwin. Dia teringin makan pulut dengan rendang daging. Rendang Perak memang tak sama dengan rendang penang....be!
Mertua aku ni orang Rawa. Bila berjumpa dengan gengnya di sana... bukan main Rawalah dia. Aku faham la sikit sebanyak telor mereka tu. Pengalaman aku belajar 2 tahun di IKM dulu di samping aktif dalam NGO mendendahkan aku kepada banyak resam budaya dan sikap marhaen...
4 ulasan:
wah, bila tukar sport rim ni nampak lagi muda la abang IM. ada perkatan sporty & groovy. hehehe. berseri-seri je.
:-)) ehem ehem ....
sokong kata sm :-P
Kalau tukar rim bersekali dengan saiz tayar yang lebih besar dan kemudian tukar pula dengan steering sport lagi terserlah keremajaan IM, hehehehe...
Salam..
bila dah tukar rim tu rasa seronok plak bawa kereta..ye dak? hehe.. seronok rasanya balik kg..
Catat Ulasan