Selasa, 28 April 2015

Re-union


Ahad baru ni, aku menginap di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. Taklah jauh mana pun dari rumah aku... kira-kira 30 minit memandu. Namun, menginap di sana lebih baik dari biarkan ibu_suri di rumah seorangan untuk lebih memudahkan aku mengurus program re-union yang dirancang hampir sebulan lalu.

Mulanya yang janji nak datang adalah 7 orang tapi akhirnya yang ada cuma 5 orang. Tapi bagi aku yang dah biasa mengurus sesuatu program, selagimana ada yang hadir hatta 2 orang pun dah kira okey. Tak perlu serabutkan dada dengan hal-hal kecil. Konsep pertemuan ini cuma untuk berjumpa kawan lama dan berbual kisah-kisah lama masa 'nakal-nakal' dulu secara santai.

Memang sesuai lokasi pertemuan ini rupanya walaupun awalnya aku lebih suka berjumpa di restoran biasa yang hampir dengan masjid. Kami berbual di lobi hotel dan bila tekak kering, berpindah ke Restoran Delima di sebelah. Tapi tudia la... harga makan... habaq hang.... Sepinggan mi goreng mydin (sebenarnya mi goreng mamak) - RM10 ringgit.

Kami di sana dari pukul 2 petang hingga lampu lobi katup... 11 malam. Sempatlah bawa seorang dari kawan aku yang datang dari Negeri Sembilan jalan-jalan di sekitar Kompleks Kailan dimana hotel ini terletak.

Kami sebenarnya dulu adalah pelatih Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur sessi 1981~1982. Maknanya... dah 30 tahun tak berjumpa!

Memang manis pertemuan ini. Hilang rasa jerih payah mengelolakannya...

8 ulasan:

pB berkata...

seronok jumpa kawan kawan lama nie

aizamia3 berkata...

Saya suka perjumpaan macam ni.. tanpa kehadiran anak mahupun en. suami.. hehehe.. mengenang mengimbau kenangan lalu..

JR berkata...

Bukan mudah nak kumpulkan balik kawan2 lama. Saya juga kadang2 cuba jejaki kawan2 lama dalam facebook, twitter dan google, tapi malangnya ramai yang gagal dijejaki.. Mungkin juga mereka sudah tiada?

makchaq berkata...

Seronok jumpa kawan2 lama... makchaq paling teringin nak jumpa partner-in- crime makchaq masa kecik2 dulu..Dia dok Telok Kumbaq.

Nor Azimah Ali berkata...

Saya pun baru reunion dgn sepupu sepapat, tapi baru dI group wassap, Ada yg tk penah jumpa pun

Ibu n Abah berkata...

IM
Jumpa kawan lama ni lg best dlm skala kecil. Kita mampu nak layan borak dgn semua. Bila dah ramai sangat.. Tak sempat. Setakat hi dan bye...

AtieYusof berkata...

Alhamdulillah..seronok berjumpa mcm ni setelah lama terpisah.. mesti byk cerita..:)

iryantyismail berkata...

alhamdulilah..tahun 81 -82 yan lom lahir lagi im :-))...
semoga ukhwah yang terjalin berterusan...amin