Khamis, 14 Mei 2015

PM



Sebenarnya, dari akaun 1 KWSP, aku juga ada keluarkan sedikit untuk di labur ke Public Mutual. Ini semua gara-gara rekomen dari kawan sekerja akulah yang juga ejen PM. Aku ni bukan pandai sangat bab saham menyaham ni. jadi aku percaya kat dia saja.

Semalam, aku belek-belek lapuran tahunan yang dikirim oleh PM kepada aku. Huh... boleh tahan juga jumlah keseluruhan modal campur keuntungan. Ura-ura aku nak jual semula saham aku untuk dapatkan tunai dan disekalikan dengan keluaran KWSP yang aku ada, berasa sayang pula.

Sesekali fikir, elok kalau pelaburan yang ada di PM itu aku biarkan berkembang. Itu aku khaskan untuk ibu_suri, mana tau kot kot aku ditakdirkan tak ada nanti setidak-tidaknya ada juga bekalan aku tinggalkan untuk saraan ibu_suri.

Mujur juga aku ikut saranan dari rakan sekerjaku itu supaya melabur. Duit aku di PM itu aku dapati berkembang lebih pesat berbanding dengan simpanan di KWSP.

Pun... bila direnung jauh-jauh, terasa duit ini seumpama kekabu di hujung julai. Senang berterbangan bila ditiup angin.

7 ulasan:

AtieYusof berkata...

Oh Public mUtual tu dulu sy ada jgk simpang bang..tapi mcm rugi masa tu, so sy jual..huhu..
Pelaburan ni kena pndai pilih..klu dpt yg untung mmg seronok..

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau dah kata saham IM tak tentu. Nasib IM baik untunglah. Kalau kurang baik menyesal.

Tanpa Nama berkata...

Pastikan patuh syariah dan duit kwsp ada zakat selepas pengeluaranya,begitu juga duit garduti..

Tanpa Nama berkata...

Fening kepala bila fikir pasal duit untuk hari tua ni.. Tak fikir, kena fikir jugak. Bila terlebih fikir, bimbang nanti pergantungan kita ni pada duit simpanan kita tu pula. Mdh2an Allah menyihatkan tubuh badan kita, mempermudahkan segala urusan kita... dan mengakhiri kita dengan khusnul khotimah.

JR berkata...

Apa yg penting perlu ada simpanan untuk hari tua dan kecemasan kerana kita tak tau masa depan kita. Cuma sekarang ini gawat sikit bila ada puak-puak yang menggunakan duit simpanan kita untuk pelaburan yang sangat meragukan...

Nor Azimah Ali berkata...

Takde menyimpan pun, tua nnt nk pi duduk belajaq pondok

iryantyismail berkata...

hanya ada simpanan kat kwsp :-))