Halaman

Sabtu, 20 Jun 2015

Tak Dan Nak Ligan

Kalau nak dikira, memang tension la nak ligan kesemuanya oleh aku sorang je.

Apa nak makan aku kena fikir. Nak hidangkan, kemudian kemaskan.

Tengah panaskan lauk, ibu_suri terjerit minta aku bersihkan dia di tandas. Kenalah padamkan api masakan dulu.

Kekadang baru nak letak punggung di kerusi terdengar ibu_suri terjerit di sakat Akhmal di dalam bilik. Memang susah hati dibuatnya sebab Akhmal dan ibu_suri bukanlah ada pertalian darah.
 
Akhmal boleh aku katakan sedari kecil punyai karektor yang tidak dapat bezakan antara gurau dan rasa hormat pada orang. Bagi dia gurau walaupun sebenarnya itu sudah berlebihan.

Kekadang menggerutu aku seorang diri melampiaskan sesak di dada.

Aku dah kurangkan menjenguk mertua di Taman Buah Pala. Biarlah ketika aku tidak ada, kakak dan adik ibu_suri yang kelola mereka berdua. Mereka pun satu hal juga. Tak pernah sepakat adik beradik.

Okeylah... ibu_suri dah panggil sejak dari tadi. Tak tahulah apa halnya. Memang selalu gitu, bila dipanggil dia mahu segera di hadiri...

6 ulasan:

mokjadeandell berkata...

kena degree sabaq yg tinggi... .Bila dihempap masaalah serta adik beradik tak sepakat .Hidup kdgkala berwarna warni dgn kerenah orang disekeliling.

aizamia3 berkata...

Memang kena bertabah dan bersabar demi orang yang kita sayang..

aTieYusof Family berkata...

Salam Ramadhan buat abg IM dan ibu suri... bersabar lah bebanyak.. redha lakukan semua itu pasti abg IM lg tenang... insyaAllah pahala berganda jg buat abg IM... takmo stress2... :)

Kakcik Nur berkata...

Semoga Ramadhan bersama keberkatannya menambahkan darjah kesabaran IM dalam menangani karenah hidup ini...

bella berkata...

salam ramadhan

iryanty ahamad berkata...

kesian ibu suri....kalau ibu suri sihat mungkin tidak begitu...