Halaman

Ahad, 26 Julai 2015

Mug Merah


Semasa aku hadir di majlis makan-makan sempena raya di rumah Liza semalam; agaknya dia perasan dalam banyak-banyak cawan, aku dok pilih mug Nescafe itu untuk minum.  Memang aku dok berkenan sangat dengan mug itu. 

Raya dulu aku dah pau 1 set mug Nescafe (1 untuk aku dan 1 untuk ibu_suri) dari Liza juga.

"Ayah kalau nak ambil mug tu ambil la...." sambil ketawa dia semawa kat aku. Bak pucuk dicita ulam mendatang.

Aku memang suka juga memiliki koleksi mug. Buat masa ini aku ada mug Ali Cafe, antara yang aku sayang. Bila aku minum Alitea, aku akan guna mug inilah sebab kuantiti airnya sepadan dengan tekak dan perut aku.

Lalu 2~3 hari ini aku ngebat dengan mug 75 tahun Nescafe ini bila minum teh pu erh  waktu pagi dengan biskut 4 segi Julie's atau roti gandum Massimo dengan sapuan Naturel.  Itulah sarapan aku buat masa ini bila pagi sebab malas nak keluar beli kudapan.

Untunglah bagi sesiapa yang punyai isteri yang rajin sediakan makanan untuk suaminya setiap pagi. Hargailah susahpayah dia...

6 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

saya jugak punya banyak koleksi mug merah mcm tu

VitaminSuci berkata...

Alhamdullillah. Untung ibu_suri ada pasangan yang memahami. Saya pun ada 1 mug favourite. Tapi jenis tak mengumpul mug. Guna yang 1 tuuu je dari dulu. Hehe.

Jemput singgah ke blog saya, VitaminSuci. Saya dah add link blog tuan di bloglist saya. Terima kasih.

Bunda a.k.a KN berkata...

Kat rumah bunda pun ada 2 biji mug nescafe...free.. dari mana dah lupa... tapi tak sama yang macam mug merah tu..

iryanty ahamad berkata...

cantik warna mug tu..yan pun berkenan..huhu

JR berkata...

Saya juga ada satu mug besar yang banyak menyimpan sejarah. Anak isteri tak berani sentuh mug itu kerana mereka tau ia favourit saya walaupun saya tak kisah mereka guna. Tapi tahun lepas mug itu pecah berderai bila anak saudara mai rumah dan terpecahkannya. Hilanglah satu sejarah silam yang disimpan oleh maug itu...

Tanpa Nama berkata...

Tak ada mug febret... :(

- faizah