Halaman

Selasa, 28 Julai 2015

Sport Rim


Aku hantar Viva ke Perodua semalam setelah urusan Takaful Etiqa selesai. Kes langgar motor masa puasa aritulah.... sini.

Kata staf Perodua, insyaAllah paling minima 3 hari boleh siap. Mungkin juga cepat sebab mereka tukar sekeping demi sekeping part yang rosak macam bumper dan lampu.

Jadi, buat sementara ni aku pinjam kereta Angah untuk kemana-mana. Wah... best juga bawa  kereta Angah ni. Sterengnya stabil dan pemanduannya mantap.

"Abang pun ingat nak tukar kepada sport rim macam Angahlah... Best kalau jalan jauh. Terasa relaks... " ujarku pada ibu_suri.

"Tukar kereta ajelah...." cadangan balas ibu_suri yang boleh tahan juga telinga aku mendengarnya. Dari dulu lagi ibu_suri asyik merengek suruh tukar kepada kereta yang besar sikit sebab katanya tempat duduk dia sempit.

"You tu kena kuruskan badan... bukannya tukar kereta..." getusku, "kita berdua aje naik kereta ni. Anak-anak semua dah besar. Jadi buat apa beli kereta lain. Guna yang ada dah la... Lagipun Viva ni nak jaga mudah dan parkir pun senang."

Itulah perempuan, fikirku. Ingat nak senang jer.. tukar kereta. Dah tua-tua ni, tak kerja pulak tu... takkan nak berhutang lagi.  Dah letih mengadap bank!

7 ulasan:

Murniwati Awang berkata...

cantik sport rim tu..murni pon pakai viva..dlm bandar ni senang bw keta kecik..senang nak selit2 & parking..

AMIIZAA berkata...

salams uncle

tersenyum saya bila ibu suri mintak tukar kereta terus heheheh
moga uncle dan ibu suri sentiasa dalam keadaan sihat, amin:)

Nor Azimah berkata...

Ada gak kete kan, Alhamdulillah.
Saya ank 5 kalo semua bkumpul nk jln beraya ke grand livina tu padat mcm tin sadin

iryanty ahamad berkata...

betul tu im...menanggung hutang bila umur dah berusia terasa beban kan...bersyukur apa yang ada

JR berkata...

Saya pun sama: tua-tua ni dah tak minat tukar kereta, pakai sajalah apa yg ada. Apa yg penting bebas dari hutang....

smbotak berkata...

hehe, takpe lagi bang IM tukar kereta. kebanyakan lelaki ni kalau tak tukar kereta, mesti tukar awek. tapi dua2 sama bahaya, boleh pokai...

myliferia berkata...

hehehe...tapi tak semua perempuan suke tukar semua barang tau...kiki

Betul, viva tu kecil molek, senang nak parking.