Sabtu, 25 Julai 2015

Perasan Sedap!


Bila semalam, aku buka peti ais, ternampak sebungkus mee kuning. Agaknya, ini kerja Along la Raya baru ni, fikirku.

Aku sebenarnya dah bertekad tak mahu lagi lihat ada makanan berlebihan tersimpan di dalam peti ais untuk jangkamasa yang lama. Mesti aku clearkan secepat mungkin samada di proses untuk makan atau buang saja.

Aku pun pepagi lagi tadi beli awas-awas untuk buat mi goreng. Sedikit kucai, taugeh, 2 keping tauhu (buatan orang kita), sotong dan perencah mi Adabi. Merungut aku kepada taukesoh.... kenapa tidak ada perencah mi goreng sebaliknya perencah bihun goreng berlambak.

Akhirnya aku terjumpa perencah mi hailam.... mi hailam pun mi hailam lah....

Aku pun mula memasak setakat yag aku tahu. Siap masak, hidangkan pada ibu_suri.

"Kenapa tak habis?" tanyaku bila melihat ibu_suri berhenti menyuap sedangkan masih ada baki di dalam pinggan.

"Kenyang..." jawapnya.

Aku teruskan makan kemudian menghabiskan baki yang ada dalam pinggan ibu_suri. Pada aku, mi goreng hailam yang aku buat ni tidaklah sedap tapi tidak juga tak sedap.

Lewat tengahari, bila melihatkan masih ada baki di dalam kuali aku lontarkan cadangan pada ibu_suri;

"Mi ada belen lagi. Ingat nak bagi kat Ayu sikit, boleh ke?"

"Tak usahlah...."

Aku sedikit heran. Aku mengira, kalau setakat kami nak menghabiskannya tak terhabis. Masih ada banyak bakinya.

"Kenapa?"

"Tak sedap sangat. Takat kita makan aje boleh la...."

Patutlah Akhmal dan ibu_suri tak ulang makan mi goreng aku ni. Rupanya, aku jer yang perasan sedap.

Aduh... jangan-jangan....  ke tong sampah jugalah akhirnya nanti!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hehehe, patut la...

Selamat hari raya abang IM, semoga kesihatan kembali tip top...

Ibu n Abah berkata...

IM
Sepanjang pengalaman akak masak, kalau guna perencah segera ni mmg mengecewakan.
Buat perencah sendiri jarang mengecewakan.

iryantyismail berkata...

yan dah serik guna perencah segera..pasti mengecewakan
.

Tanpa Nama berkata...

Sy kdg2 sendiri perasan sedap jugak.. hehe...

- Faizah