Ahad, 20 September 2015

Beberapa Tugasan Esok

Esok... jadual aku ialah bawa abah mertua ke Klinik Kesihatan Jalan Perak. Doktor nak lihat sejauhmana perkembangan kaki abah yang bengkak itu. Aku rasa besar hati bila dapat melaksanakan tugas baru membawa abah ke klinik ini. Aku harap ianya juga adalah salah satu amal ibadah.

Khamis ini Raya Haji. Semalam, beriya ibu_suri mengajak ke Fatimah Bakery, Sungai Petani. Beli beberapa jenis maruku dan biskut kapal terbang. Memang tiap kali raya, sejak aku memikul 100% tanggungjawap mengurus rumah, di sinilah membeli sebahagian dari juadah.

Juadah raya aku selalunya ringkas saja. Anak-anak lelaki aku pun boleh sediakan sendiri jika ada tetamu yang datang.

Lemang pula, aku suka beli lemang Pak Teh yang setiap hari ada dijual di tepi jalan menghala Tikam Batu. Kalau sesiapa pergi ke Sungai Petani dari arah Penang, lihat saja sebelah kanan.

Oh ya... Sebelum raya aku perlu ambil stok baru ubat psikiatrik ibu_suri. Penting tu! Dalam banyak-banyak ubat ibu_suri, ubat inilah paling aku jaga.


4 ulasan:

JR berkata...

Bila hadapi ujian setiap hari kekadang rasa seperti sesuatu yg memenatkan. Tapi bila ujian itu berlalu terasa indahnya masa silam yg sentiasa sibuk menyusuri ujian demi ujian...

iryantyismail berkata...

moga urusan dpermudahkan...amin

sedapnya lemang..makan dengan rendang daging

Unknown berkata...

semoga dipermudahkan segalanyaa
KULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak yg menarik nafas panjang sebaik habis membaca enttri IM.
IM tak boleh terleka dlm banyak hal
Betul-betul 'kuat' bahu IM memikul semuanya itu kakak lihat.
Moga Allah terus berikan kekuatan tersebut.