Halaman

Selasa, 20 Oktober 2015

Ayah Yang Yang Uzur


Semalam, dalam perjalanan balik dari ziarah keluarga arwah Shakiman, aku singgah ke rumah bapa saudaraku Ayah Yang di Tambun, Ipoh. Rumahnya benar-benar di tepi jejambat lebuhraya.

Tatkala aku masuk ke rumah, dia sedang bersendirian di dapur memakan pisang emas. Rasa belas segera menyerbu ke dadaku.

Sambil bersalam dan mencium tangannya, aku bertanya khabar... lalu dia bertanya... kamu ni siapa?

Sambil mengusap belikatnya, aku tersenyum berat. Memang dah uzur benar dia; lebih uzur dari emak aku sendiri. Era dia masih sihat cergas mengayuh basikal dan berzanji terbayang di mindaku. Kini, orang hebat yang pernah hidup di era makan ubi kayu ini sudah semakin dimamah usia.

Aku amat hormati beliau, abang paling tua dalam keluarga abahku. Tak banyak masa yang masih ada lagi untuk aku bersamanya di dunia fana ini. 

8 ulasan:

aTieYusof Family berkata...

Salam IM...
walau dah nampak uzur, moga ayah Yang dipanjangkan usia...

Kakzakie berkata...

Sayu hati kakak bila melihat wajah tuanya IM
Tapi yg bersyukurnya dia sihat tak ada penyakit
Kita tak tahu samada kita mampu menjangkau usia sepertinya entahkan tidak.

hrusli61 berkata...

Mari rebut 5 perkara sebelum 5 perkara.

❤Kamsiah❤ berkata...

sedih melihat bapa seadra IM...nampak benar uzurnya..

iryanty ahamad berkata...

sebak entri ni im..moga beliau diberi kesihatan yang baik2..insyallah..amin

JR berkata...

Suatu hari nanti jika panjang umur kita juga akan merasai apa yg dia rasai sekarang. Itu pun kalau umur kita panjang sebab zaman sekarang cuma orang bertuah saja umur dilanjutkan hingga ke 80 tahun..

Bunda_nora berkata...

Tengok gambar ayah Yang ni.... tiba2 sayu pulak. Tetiba rasa rindu pulak kat bapak bunda kat kampong...hampir dua dah tak balik jengok dia...

Etuza Etuza berkata...

Asalam IM....teringat kita akan ke arah itu suatu masa akan datang..semoga beliau tabah dalam meniti hari2 dalam kehidupannya..amin