Halaman

Ahad, 4 Oktober 2015

Layan Jer...


Emosi ibu_suri masih tak berapa ok lagi. Semalam aku layan mahunya untuk ke Tikam batu, Sungai Petani. Dia nak makan nasi paprik di satu gerai tomyam tak jauh dari SM Islah, semasa Along belajar di Tingkatan 1 hingga 3 dulu. Kemudian singgah Asar di Masjid Kampung Pokok Asam. Situ semua tempat-tempat nostalgia ibu_suri. Layan jer...

Hari ini dia minta aku memeriksa tekanan darah dan gula. Dia sendiri pun hairan dengan perubahan emosi yang dia rasai. Katanya, badannya tak berapa selesa. Aku respon yang baik-baik agar dia tidak rasa bimbang. Lalu, aku pun layan jer....

"Kalau tekanan darah naik, kita pergi klinik check... mau tak?" Sepertimana pesan doktor pakar di Klinik Kubang Semang semasa beberapa kali buat followup dulu. Diam saja dia. Aku tidak lagi memanjang isu itu. 

Kali ini, aku buat catatan ke dalam buku. Aku nak pantau tahap bacaan gula dan tekanan darah. Bukan sahaja dia malah aku juga.

Semalam aku memberitahu Angah tentang kondisi ibunya itu. Terasa aku seperti kesaorangan menanggung perasaan berat ini. Beritahu Angah pun setakat boleh beritahu ajelah... Apa yang dia boleh perbuat...?

Terima kasih pada sahabat bloggers yang meninggalkan komen positif dalam entri yang sama semalam. Sedikit sebanyak membantulegakan hatiku ini yang dup..dap..dup..dap...

8 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

Asalamualaikum im...selamat berhujung minggu...

Alhamdulilah..im mendapat sedikit kekuatan dari entri semalam...
Terus berjuang im

Kakcik Nur berkata...

Meluahkan perasaan kepada seseorang kadangkala bukan untuk mendapat penyelesaian, tapi hanya untuk meringankan sedikit beban perasaan...

Nor Azimah berkata...

Saya tumpang simpati dan doa dari jauh..

aTieYusof Family berkata...

Moga urusan IM dlm menjaga Ibu Suri di permudahkan.. memang kena banyak sabar kan..sy yg baca pun dpt bayang mcm mana situasi tu...

wa berkata...

Salam..Wa doakan moga-moga IM tabah dan sabar dalam menjaga ibu_suri..wa doakan yang terbaik untuk IM dan ibu_suri jugak.Aamin

insan marhaen berkata...

Wa,

Kenapa setiap kali saya singgah blog, tak boleh baca sebaliknya keluar tatacara perisian...?

Tanpa Nama berkata...

Salam

kena ajar ibu berzikir dan bila angin nak tiba... tu.. suruh dia ikut bacaan ayat kursi awak baca. Kasi dengar mengaji selalu... dekat kan diri pada alquran bila sakit sakit sebegini...

itulah terapi yang paling elok. Juga pergi la ke DARUL SYIFAA'

Minta pendapat ustaz.. juga. ubat modern modern... tapi bila sakit sebegini kena betul panduannya.. juga.. pasang cd mengaji...

kurangkan merayau malam malam tengah malam serta senja... lagi lagi jiwanya yang lemah sekarang...


wasalam..terima kasih

myliferia berkata...

Semoga IM sekeluarga terus dalam rahmat dan perhatian Allah, dipermudahkan segala urusan :)