Halaman

Selasa, 6 Oktober 2015

Temuduga


Semalam, Akhmal pergi temuduga kerja MPSP di Dewan Millenium, Bertam. Ingatkan sikit orang, rupanya ratus ratus. Aku bimbang juga sebab bila dah seramai ini, mesti giliran Akhmal dipanggil akan lambat. Akhmal jenis orang yang tak sabar. Kalau dia boring, dia boleh cunggit balik macam tu jer...

Sebelum hari temuduga, aku dah tanya... gambar dah ambil? Dah... Tapi rupanya belum...

Seluar dan baju kemeja ada tak? Tak payah la... Akhmal pakai baju T jer...  

Dokumen dah fotostat dan dapatkan cop pengerusi taman... Belum! 

Senang aje bunyi jawapannya. Aku pula yang jadi serba salah. Nanti kalau aku tak peduli  akan dikatakan pula bapa yang tak ambil berat kebajikan anak. Umur dah 20 lebih... hal seperti ini pun tak boleh urus sendiri. 

Jadi mau tak mau, aku pergilah ke Billion di Seberang Jaya membeli baju kemeja dan seluar. Beli kat pasaraya mana ada yang murah!

Aku pun ajaklah biras aku jumpa pengerusi qariah untuk dapatkan pengesahan salinan sijil. Sempat pula aku merungut kat ustaz... zaman sekarang pun masih nak minta pengesahan salinan sijil? Bank pun dah tak buat prosedur macam ni!

Sejam sebelum temuduga, kelam kabut cari kedai di Kompleks kailan, Kepala Batas untuk ambil gambar.

Sedangkan dia, bagus je melayan anginnya...

13 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

temuduga kerja apa tu im...akhmal memang sepatutnya dah pandai berdikari...cian im..

mokjadeandell berkata...

Semoga Akhmal berjaya dlm temuduga dia.

aTieYusof Family berkata...

Hal anak2 ni kita ibu bapa kadang risau mikir depa.. yg dorang buat remeh jer.. hehe.. apa pun sabar dan doakan moga Akhmal berjaya dlm interview... amin...

JR berkata...

Banyak orang banyak ragam, banyak anak pelbagai ragam. Untung IM cuma ada seorang Akmal, saya ada 6 anak dgn 6 ragamnya...

saniah ibrahim berkata...

Moga dipermudahkan dpt pekerjaan.Anak2 sya pun bnyk kebergantungan pd kami lagi kecuali yg sulong dh berdikari wlpun masih belajar.

tiga lalat berkata...

temuduga apa tu smpi ratus2 calon., moga berjaya ;p

hrusli61 berkata...

In shaa Allah Akhmal akan pasti memahami kematangan hidup ini.
Walaupun dengan caranya tersendiri. Anak yang nakal ini kita doakan akan menjadi teman mambantu kita di suatu masa nanti

Bunda_nora berkata...

Mungkin dah masuk alam pekerjaan nanti Akhmal boleh berubah menjadi orang yang bertanggung jawab dan berdikari...
InsyaAllah..

myliferia berkata...

Rasanya memang ramai anak-anak macam tu. Mujur ada mak ayah yang jenis ambil peduli.

InsyaAllah, nanti akan tiba kematangannya. Semoga Akhmal menjadi anak yang menyenangkan IM, ibu Suri dan keluarga :)

Sylarius Yusof berkata...

Usia macam tu biasa lah. Bapa yang risau lebih, anak buat rilek je. Padahal anak tu yang kena datang interview. Hehe

Kakcik Nur berkata...

Tanggungjawab kita sebagai ibubapa terhadap anak2 memang tak pernah habis walaupun mereka sudah berkeluarga...

Murni Alysa berkata...

Semoga Akhmal mendapat kerja tu..biasa la parent memang ambik berat tentang anaknya..tak kira laa walau dah berumur pon..naluri ibu bapa memang macam tu..loni bila saya dah ada anak baru saya tahu perasaan mereka..

SmBotak berkata...

saya pun selalu tertanya benda yang sama. dah masuk tahun 2015 ni, sepatutnya segala data berkaitan diri kita (sejarah pendidikan, perubatan, pekerjaan lalu atau rekod lampau yang lain) mudah diakses dengan hujung jari je. lebih2 lagi pihak berkuasa (kat sini MPSP sebagai PBT), tak payah nak pengesahan bagai.

kalau kita tipu menggunakan salinan dokumen, ambil sajalah tindakan kemudian harinya kalau diterima bekerja. tak gitu bang IM...

*lama tak singgah sini.