Halaman

Jumaat, 16 Oktober 2015

Simpan Saja Di dalam Dada


Malam tadi, aku lebih banyak diam semasa memandu dan singgah beli makan bersama ibu_suri. Dia mahu makan mi goreng Pokok Ceri di astaka tak jauh dari Masjid Seberang Jaya. Memang, situ antara masakan mi goreng yang kami suka selain Restoran Zainal di pekan Bukit Mertajam atau mi sotong di Permatang Pauh.

Kenapa abang diam saja?

You tak kenal perangai abang ke walau dah 30 tahun berkahwin?

Diam.

Abang selalu bagitau, bila abang bercakap banyak, masa itu kita boleh melawak atau berlawan pendapat. Tapi bilamasa abang diam, jangan diusik. Orang yang kuat sabar ini kalau diusik diamnya, dia akan terkeluarkan semua apa yang ada di dalam perut. Busuk. Abang tak mahu itu. Sebab itu, jangan kacau abang bila abang mula diam. Biarkan ianya sejuk sendiri.

Nak makan mi goreng... aku bertanya sekali lagi untuk kepastian. Dah acapkali aku terkena. Aku beli apa yang dia nak makan tapi bila bawa kepada dia, dia boleh kata tak minta beli itupun tapi nak yang lain.

Memang susah dan kekadang pening melayan kerenah orang yang mempunyai emosi berubah-rubah ini (mood disorder).

Nak marah tak boleh. Simpan saja dalam dada.

8 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Selain Allah, tiada yang lebih memahami ibu_suri selain IM...

aTieYusof Family berkata...

Salam Jumaat IM..
Ibu Suri amat beruntung sebab ada suami sebaik IM..insan paling memahami nya... bersanar & teruskan doa...

Kakzakie berkata...

Kakak rasa salah satu sebab IM kena darah tinggi sebab stress yg agak tinggi tapi tak ada tempat nak meluahkan. Maaflah kakak sekadar bersimpati tapi tak ada apa dpt membantu. Ujian buat org yg sabar memang tinggi ganjarannya..

Bunda_nora berkata...

Seseorang yang dalam situasi mendiamkan diri membawa banyak makna. dan tanggapan...

Diam... mungkin dalam mood ingin bersendiri tanpa diganggu.... Diam...mungkin sedang memendam perasaan marah... Diam...mungkin sedang sakit gigi atau sakit mulut...Diam....sebab sedang merajuk, inginkan perhatian...dan banyak lagi...

Bunda kalu diam...mungkin sedang tido kot... hehe...

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum im...jangan diam im..bimbang makan dalam...caro seseorang yang im percaya untuk luahkan....ikutkan ajelah kehendak ibu suri..kang tak ikut im juga yang kena....

saniah ibrahim berkata...

Jika diam kadang menjadi lebih tertekan ,kalau boleh luahkan apa yg terpendam pada seseorang.

Nor Azimah berkata...

Ada yg Maha Memahami, luahkan apa sahaja pada Dia..menangis sahaja pd Dia, apa sahaja, seolah ank kecil mengadu pd sang ibu..begitulah seolah2nya..

Murni Alysa berkata...

alahai kesian IM..murni pernah pergi kelas utk tangani stress..kaunselor tu kata kbykn lelaki suka pendam jer kemarahannya..sedangkan perempuan suka luah kemarahannyer sebab tu suka berleter..dan oleh kerana lelaki suka pendam pendam pendam & then 1day meletop terus goool..Cara yang terbaik kita luahkan..paling senang marah tiang & pokok..Dan sebagai orang Islam kita mengadu pada Allah SWT..semoga IM terus bertabah..Aamiiin!