Halaman

Khamis, 19 November 2015

Di Puspakom


"Sebelum hantar kereta ke Puspakom, ayah kenalah cuci kereta tu biaq bersih sikit," pesan Angah.

Aku cuma ada anak yang seorang ini sajalah yang selalu ambil berat pasal aku. Along... jauh di Kepong. Dia macam aku juga dulu, berat tangan nak menalipon tanya khabar. Balik pun 2~3 bulan sekali. 

Sejak Akhmal 'berehat' sekejap 'di dalam', aku sedikit lapang rasanya. Aku hanya perlu tumpukan tugas menjaga kebajikan ibu_suri sahaja. Akhmal pasti saja selamat 'di sana'.

Hari ini hari terakhir cukai jalan Viva aku hidup. Memang aku tunggu hari ini untuk menukar nama hakmilik dari Ayu kepada aku. Kereta aku ni dulu dibeli atas nama Ayu sebab umur aku yang dah lanjut tidak layak untuk membuat pinjaman beli kereta.

Sebelum ke JPJ untuk tukar nama, kena lalui dulu pemeriksaan Puspakom. Aku tak pernah lagi buat kerja ni semua. Terkial-kial juga aku.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Dekat pukul 6 petang baru selesai pemeriksaan Puspakom dan diluluskan untuk tukar hakmilik.

Berbagai pengalaman baru aku jumpa dalam menguruskan hal ini. Berbual dengan pemandu lori, teksi dan penjualbeli kereta banyak memberitahu aku cerita suka duka mereka dengan pegawai Puspakom, polis dan JPJ. Masih belum cukup 'bersih' rupanya pegawai kerajaan kita ini, ya!

Siang nanti, aku akan ke JPJ bersama Ayu untuk proses tukar nama. Yang ini mungkin senang sikit. Aku pernah buat semasa tukar nama Wira dulu.

4 ulasan:

Atie Yusof berkata...

Alhamdulillah..moga urusan kereta di permudahkan ya IM.. mcm sy ni tak pernah langsung masuk puspakom.. dok tgk dari jauh je selalu...

saniah ibrahim berkata...

Moga dipermudahkan...
Anak sulong saya pulak guna nama ayahnya utk beli kereta sebab masih belajar.

Kakzakie berkata...

Sebab 'tak bersih' itulah kerenah birokrasi tetap ada di negara kita ni IM.
Nak buat macam mana kalau etika hidup masih jauh dari cara Islam. Sedih kan... bila dikatakan maju tapi bab sahsiah diri masih jauh mundurnya.

Dah tukar nama senanglah lepas ni..

Murni Alysa berkata...

Husband murni pon guna nama murni utk kedua2 kereta tu..sebab dia nak guna nama dia untuk loan rumah pulak..Alhamdulillah satu kereta tu dah hbs bayar..hehehe