Halaman

Khamis, 19 November 2015

Rupanya Mudah Jer...


Dah selesai menukar hakmilik dari menantuku - Ayu kepada namaku. Tak susah proses tukar hakmilik ini. Isi borang tukar hakmilik, serah ke kaunter bersama geran dan laporan Puspakom, kad pengenalan diri dan Ayu serta RM100.... selesai.

Yang susahnya ialah bila nak perbaharui insuran... susah nak kira duit. Kira punya kira, tak cukup. Seluk sana seluk sini... masih tak cukup. Ngendeng kat Angahlah, pinjam dulu.

Nilai semasa Viva aku ialah RM29k. Insuran dikenakan RM1070 - maksima.

"Wah, kalau saya jual kereta ni, berbaloi juga harganya, ya!" ujarku.... bodoh.

Gadis kaunter itu ketawa...

"Bukan macam tu encik..."

Dulu, aku selalu suruh kedai sahaja yang perbaharui cukai jalan dan insuran sebab fobia dengan kerenyahan dokumentasi di JPJ. Tapi hari ini, sangkaan aku meleset rupanya. Mudah je nak urus semua ini sebab semuanya ada di JPJ.... insuran ETIQA.

"Kenapa sini tak pasang mesin ATM. Kan memudahkan pelanggan?" soalku yang nyaris tak cukup duit tadi. Kalau benar tak cukup, kena keluar ke steyen minyak atau ke bank pula yang tentunya memakan masa dan mengecewakan.

"Ntahlah encik. Mungkin kerana keselamatan..."

Aku angguk je. Malas nak ganggu dia buat kerja. Nampaknya dia bukan  jenis boleh buat kerja dan bercakap dalam satu masa....

4 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

haip..jangan diganggu orang tengah bekerja..lambat siap.nanti...huhu

alhamdulilah..selesai sudah :-))

Atie Yusof berkata...

Alhamdulillah dah selesai ya IM.. senang je nak buat ye...
memang ada org yg tak boleh buat kerja smbil bercakap kan..hihi

ummu berkata...

assalamualaikum tuan IM
terima kasih atas perkongsian pengalman ini..

Murni Alysa berkata...

Saya pon jenis tak boleh buat kerja sambil bercakap..sebab kalu dah bercakap tak boleh berhenti dah..hehehe