Halaman

Jumaat, 20 November 2015

LIQA'


Tadi program liqa' cuma aku sorang dengan Li - murobbi. Memang rutin setiap malam Jumaat. Seorang lagi - Mad tak hadir. Tak tahu kenapa.

Bila Li bertanya... dah ada Kitab Tauhid, aku garu kepala yang tak gatal. Isyy... asyik lupa aje nak beli. Kelemahan aku sejak dah tua ni.

Walaupun bahan dalam buku ini aku dah lalui sebelum ini namun atas nama pengajian, aku tekun juga mengikuti. Li memang osem dalam mengupas tajuk berdasarkan kemampuan dayafikir aku juga. Kami segagan dalam tarbiyah. Cuma dia lebih sikit kerana setia istiqamah dari dulu sedangkan aku umpama sabut dan batu... timbul tenggelam.

Habis usrah, aku bawa ibu_suri jalan-jalan. Itu perlu demi mengambil hatinya yang membenarkan aku ke usrah. Takpalah, kalau bersusah sikit, kan. Give and take!

Hujan lebat sejak siang tadi menjadikan malam ini sejuk. Memandu di jalan yang hening dan lengang terasa damai sambil mendengar lagu-lagu dari cd SOUL OF ISLAMIC MUSIC.

Hakikatnya, biarlah seperit mana kehidupan ini.... laluilah dengan tabah dan sabar. Kita ini hanyalah hambaNya yang kerdil lagi marhaen...

4 ulasan:

Atie Yusof berkata...

Suka dengan ayat2 IM "Hakikatnya, biarlah seperit mana kehidupan ini.... laluilah dengan tabah dan sabar. Kita ini hanyalah hambaNya yang kerdil lagi marhaen..."
seronok bila dapt menimba ilmu dgn usrah/liqa.. moga2 dpt kita memperbaiki diri..

iryanty ahamad berkata...

macam menarik buku tu im

Kakzakie berkata...

Kakak pun kalau hadir kelas tempat kakak ni kena ada buku yg ustaz akan ulas dari mula sampai habis. Biasa bertahun juga satu-satu tu nak habis. Sebab setiap ustaz ada buku yg tak sama...

Buku ini kakak tak ada lagi.

IM bijak menyusun masa utk diri dan ibu_suri itu yg terbaik.

Murni Alysa berkata...

Semoga IM dan Ibu Suri sentiasa diberkati dalam hidup..Aamiiin!