Halaman

Ahad, 22 November 2015

Kerdil


Semalam pagi membawa ke malam, aku berada di rumah anak menakan di Taman Bertam Perdana. Kenduri sempena majlis khatan 5 orang cucu.

Aku ditugaskan untuk mengendali kumpulan qasidah dari PAKSY. Aku tak perasan bila nama itu disebut sehinggalah bila semalam, kumpulan qasidah itu sampai dan aku menyambut ustaz yang mengetuai mereka...

'Laaa.... ini ustaz Abdullah Khairi!"

Baru aku teringat PAKSY atau Pusat Kecermelangan As Syafie ini dipelopori oleh ustaz yang umum kenal sebagai ustaz yang lantang suaranya bila berceramah dan berkhutbah tanpa teks.

Mulanya aku rasa segan juga tapi lama kelamaan hilang rasa kekok atas keselambaan muaiyashah beliau.

Aku tidak pula bertanya berapa peruntukan yang anak saudara aku beri kepada PAKSY untuk mengendali majlis bacaan Yassin, tahlil beserta 5~6 buah lagu qasidah termasuk lagu Kun Anta yang mereka bawa dengan rentak perlahan dan lembut.

Aku mendapat suatu pandangan baru dari majlis anjuran anak saudaraku ini yakni jika mahu membuat amal dengan lipatan kali ganda pahalanya... peruntukkanlah sedikit wang dengan memanggil kumpulan seperti PAKSY ini untuk menyerikan majlis. Disamping memberkati majlis dapat juga membantu mereka dalam kelansungan sekolah tahfidz disamping berdakwah kepada jiran sebelah rumah dan tetamu yang datang. Pahala sumbangan kita itu juga berpanjangan selagi adanya tahfiz tersebut...

'Ayah ingat nak bergambar dengan ustaz Khairi tadi tapi ayah rasa segan pulak sebab ayah ni terlalu 'kerdil' berbanding ustaz...' ujarku pada Along semasa dalam kereta balik ke rumah...

5 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

Assalamualaikum im..selamat pagi..tak tido lagi ke im..

Nor Azimah berkata...

Salam ahad.
Selamat berhari mggu.

❤Kamsiah❤ berkata...

laa..terlepas sudah peluang keemasan hehe..

Murni Alysa berkata...

alaa ngape tak ambik gambar..sebagai kenang-kenangan..hehehe

Etuza Etuza berkata...

Asalam IM..sejuk membaca sini..bertuah dapat along yang murah hati kan..ya Allah luarbiasa..moga dapat di manfaatkan pemberiannya ya IM...IM sihat ke? moga dapat hadapi hidup dengan penuh tabah ya...