Halaman

Selasa, 10 November 2015

Jauh Dalam Hati...


Pagi, mulanya aku rasa sedikit lapang sebab Akhmal dah tak ada. Selesa untuk aku fikir dan urus ibu_suri seorang saja. Akhmal di sementara ini tentu saja 'selamat' di 'sana'.

Pagi, aku kemas bilik Akhmal sekadar mana yang aku 'sanggup' buat. Selebihnya, aku kemas cd-cd yang bersepah di laman tv. Aku promo mana-mana yang aku rasa sesuai di laman fb untuk dijual, Aku dah tak mahu simpan sebahagiannya kerana tak secocok dengan naluri.

Petang, selepas ibu_suri puas tidur (malam kami tidak dapat tidur hingga jauh malam... berbual tentang Akhmal), aku ke rumah mertua. Beberapa hari ini, tidak ada sesiapa yang menjaga mereka. Aku ambil inisiatif mengulang mereka di sana walaupun tahu ini melibatkan kos minyak, tol dan sarapan yang bukan sedikit bagi yang tak bekerja macam aku kini.

Tengah malam, ntah kenapa tiba-tiba hati aku rasa sebak pula. Sebak bila terkenangkan bagaimanalah makan dan tidur Akhmal sekarang ini.

Ya... semalam, rumah aku sekali lagi di serbu.  Akhmal di gari masuk ke kereta. Walau apapun alasannya, pandangan mata atau rayunya, aku tenang sahaja memerhati.

Bukan aku tak pernah nasihat, malah dah letih...

7 ulasan:

Nor Azimah berkata...

Aduhaii akmal, moga satu hari nnt dia diberi petunjuk

SalbiahM berkata...

nampaknya ada kisah yang saya ketinggalan..semoga semuanya baik-baik saja ye IM..

Ujang Kutik berkata...

Anak tetap anak.....

Ujang Kutik berkata...

Anak tetap anak.....

Wa berkata...

Kenapa.dengan.Akmal....moga IM ttabah dan sabar...dan moga Akmal diberi petunjuk.dan.hidayah..Amin

hrusli61 berkata...

Akhmal selalu dijadikan 'kambing hitam' oleh pihak polis sebab rekod silamnya. Apatah lagi jika ada bukti samada shohih atau tidak.

Semoga IM sentiasa dikurniakan Allah SWT ketabahan, kesabaran dan pertolongan All

Atie Yusof berkata...

Doakan Akhmal moga diberi kesedaran suatu hari nti.. bersabar lah...