Isnin, 23 November 2015

Terima Kasih, Along!


.... kerana beri ayah laptop baru. Laptop lama bukannya tak bagus cuma ketiadaan cd drive buat ayah tak boleh nak convert lagu-lagu dalam cd ayah tu kepada mp3. Apa boleh buat Along... ayah memang dah mewarisi tabiat arwah abah ayah... suka musik.

Along pula meneruskan legasi ini. Zaman Along masih kanak-kanak suka dengar nasyid hingga suruh ayah belikan gendang. Tapi bila meningkat remaja, Along suka nyanyi lagu Amok, Cromox dan ntah apa mok lagi tu pulak... hinggakan garu kepala ayah Along buat....

Sekarang bila Along dah besar, dah pandai serba serbi bab komputer dan internet, Along suka main game pulak. Kalau dulu, bila sekereta dengan ayah Along asyik dengar lagu dari pemain mp3 melalui headphone sambil lelap mata; sekarang, Along belek game dalam handphone hinggakan ayah terpaksa akur; off pemain cd kereta ayah semata kerana tak mahu 2x bising bila bercampurbaur dengan bunyi dari game yang Along asyikkan itu.

Laptop ini ayah akan gunakan sebaiknya. Warna hitam berkilat dengan skrin yang lebih lebar buatkan ayah terasa puas bila berada di hadapannya. Laptop lama yang ringan dengan ketebalam 10mm itu ayah minta Angah simpan. 

Herannya, Angah tidak sikit pun memiliki minat seperti Ayah yang suka dengar lagu atau Along yang suka bermain dengan game.

Mungkin agaknya sebab Angah sibuk memikirkan hal keluarga setelah letih bekerja membawa jentera berat.

Apapun, muga keakraban kita sekeluarga akan berpanjangan. Bila lagi Along nak balik? Boleh kita makan ramai-ramai lagi seperti minggu kelmarin.

12 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

semoga lebih bersemangat utk update blog dgn adanya lappy baru ni

Murni Alysa berkata...

alhamdulillah IM dapat laptop baru..lepas ni bertambah semangat la untuk berkarya..

JR berkata...

Saya juga dulu suka musik, pernah menganggotai kumpulan musik, main dram. Juga suka nyanyi, selalu masuk talentime sekolah, tapi suara tak sebagus mana, tak pernah menang tempat no 1 hingga 3!

Sekarang saya tak begitu minat lagi dengar lagu2, dah berpuluh tahun tak beli CD, kalau dengar lagu pun cuma dalam kereta. Mungkin usia semakin lanjut membuat kita tidak begitu selesa lagi dengan sesuatu yang dulunya kita sangat suka...

Etuza berkata...

tahnia ..along tu baik hati ya IM...sejuk hati membaca

saniahibrahim berkata...

Baiknya along belikan abah laptop.
Saya wlpun ada laptop lebih dari satu kat rumah ni ,lebih suka guna henpon utk berblog memandangkan line lembab mengalahkan siput.

Nor Azimah Ali berkata...

Alhamdulillah, baik hati anak ayah, membahagiakan ayah..

hrusli61 berkata...

Untuk pengetahuan semua IM pernah mengetuai Kumpulan Nasyid Al Muhajjir. Banyak membuat persembahan di utara Tanah Air. Perak, Penang dan Kedah. Yang paling manis di Majlis Ulang Tahun TYT Gabenor Pulau Pinang.

IM, cee cita x 2

AtieYusof berkata...

wahh..best nya Im..dapat laptop baru erk.. baiknya Along...harapnya makin semangat nak update blog... hihi

Kakzakie Purvit berkata...

Begitulah kasih dan sayang sebenarnya tak boleh dipisahkan dalam hidup kita. Biar sesekali dilanda mendung tapi ada ketikanya juga hujan turun memberi kesegaran nikmat yg indah tidak terkata

Alhamdulillah... Along sayang abah tak diluah dgn kata-kata tapi diluah dari apa yg diberikan kepada abahnya.

SukaniMusik berkata...

Best..
untuk menconvert cd menjadi mp3 dengan kualitas best, dan cd tak perlu rocak krena sering di play hehehe...

ummu berkata...

wah bestnyer...anakanda along yg berikan laptop

aizamia3 berkata...

Kepuasan yang nyata hanya kita yang lalui bila orang yang kita sayang belikan sesuatu menggantikan yang lama buat kita.. ;)