Selasa, 8 Disember 2015

Achtung!



Sebenarnya, punca yang menyebabkan blog aku tak boleh dibuka adalah dari widget lagu yang memang wajib ada sebagai halwa telingaku dan pembaca... (ada yang suka dengar dan ada juga sebaliknya...). 

Sebelum ini aku menggunakan widget Singingbox namun bila perkhidmatannya ditamatkan aku beraleh kepada Wikplayer.

Wikplayer tidak mandiri seperti Singingbox. Kita terpaksa impot lagu dari YouTube, SoundCloud atau mana-mana sumber lain.

Mungkin ada antara lagu yang aku impot inilah yang menyebabkan berlakunya error yang kemudiannya menggagalkan blogku dibaca (tapi masih boleh dikemaskini dengan memasuki pintu Blogger.com).

Apapun, itu cuma teori aku sahaja setakat ini. Aku masih belum pasti 100%. Sekarang aku masih guna musicbox Wikepedia dengan memasukkan lagu yang lain. Harap ianya tiada masalah lagi. Kalau masih ada masalah maknanya widget Wikepedia dah tak relevan lagi dengan blog aku ini . Kena cari widget yang lainlah nampaknya...

Memang ada widget yang lain tapi sepower Wikplayer apatah lagi Singingbox.

5 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Risiko nak halwa telinga didendangkan yg best lain pulak jadinya ye IM
Mujur masih ada alternatif lain.

Etuza berkata...

lagu2 tu sedap sangat di dengar..hebat lah IM

saniahibrahim berkata...

Harap tak ada kesulitan lagi selepas ini untuk terus berblog.

hrusli61 berkata...

HArap blog IM tidak diblock.

Nor Azimah Ali berkata...

Kisahnya.