Isnin, 28 Disember 2015

Ke Klinik Untuk Abah


Aku baru saja balik dari rumah mertua. Siangnya, aku menghantar abah ke Klinik Kesihatan Jalan Perak untuk rutin pemeriksaan kesihatan.

Aku dengan rela hati mengambil aleh tanggungjawap ini dari anak abah sendiri. Aku ingin merebut peluang berbakti kepada abah dengan cara begini.

Aku tahu, bukan mudah untuk mengurus abah yang tidak kuat berjalan. Kesabaran kena tinggi, Keikhlasan perlu putih. Memahami perlu sepenuh hati.

Abah adalah seorang bekas polis zaman orang putih. Justeru, sikap tegas, ego dan cerewetnya memang tebal.

Paras tekanan darah abah hari ini agak tinggi dari sebelumnya. Dua kali misi ulang membalut cuff ke lengan abah.

Bacaan berat badan memang tak diambil kerana abah tak boleh berdiri lama di penimbang.

Dr Hanani yang memeriksa abah minta abah buat analisa darah sebelum temujanji akan datang. Bulan 2 itu nanti, aku kena minitkan ke kalendar aktiviti dalam talipon bimbitku... khas untuk abah!

9 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Syukur kerana masih ada kesempatan untuk menabur bakti... :)

Omong Mak Long..... berkata...

Syukur alhamdulillah dapat menantu yang amat perihatin seperti IM. Bukan mudah menjaga ibu bapa atau mertua yang memerlukan perhatian serta memerlukan kesabaran yang tinggi. Mak Long balik ke tanahair kadang-kadang lebih dua kali dalam setahun untuk mengambil giliran menjaga emak yang uzur memerlukan penjagaan 24 jam sehari. Mereka ni mempunyai perasaan yang sensitive, mudah merajuk dan lain-lain. Muga dipermudahkan urusan IM menjaga ibu_suri dan bapa mentua.

hrusli61 berkata...

Semoga hari-hari tua kita kelak tidak akan mengusahkan anak-anak kita.
Agar jika kita memerlukan bantuan mereka, mereka dengan ikhlas dan penuh kasih saying akan membantu kita. In shaa Allah.

Kakzakie Purvit berkata...

Sesungguhnya Malaikat Allah tak pernah lalai dalam mencatat setiap inci perlakuan yg telah IM buat utk abah.. beruntung IM.

JR berkata...

Saya juga setiap bulan mesti ada temujanji dengan doktor untuk mak mentua saya. Mak mentua ada pelbagai penyakit: kencing manis, jantung, darah tinggi, sakit tulang, masalah mata dan kulit. Maka setiap bulan adalah saja doktor pakar yg ada dlm senarai temujanji yg perlu dijumpa. Kadang2 terpikir kalau usia saya seperti ibu mentua adakah menantu saya akan punya masa seperti saya melayan mentuanya??

aizamia3 berkata...

Moga abah mertua uncle IM kuat dan sihat dalam menjalani rutin harian.. ;)

Unknown berkata...

Beruntungnya ibu bapa yang mendapat anak dan menantiu sepeti IM..

mokja berkata...

Seharian di HSB Alor Setar menemani suami.Bertemu macam2 ragam manusia.Terjumpa seorang yg dah hampir 100 thn umurnya,nampak masih sihat sedangkan umur 60an pun dah macam2 sakit.Bertuah mereka yg masih ada peneman ke hospital.Terjumpa juga yg uzur datang sendiri.Kesian.

iryantyismail berkata...

kumpul saham akhirat banyak2 kan im..insyallah