Halaman

Ahad, 27 Disember 2015

Kunci

Jemu... usah dikatakan. Walau SABAR adalah kunci segala kekuatan namun sesekali tewas juga jiwa ini. Sesekali terlepas juga sungutan dari bibir ini.

Memang aku tidak punya pilihan selain tetap kekal di perjalanan ini. Orang lain boleh berpendapat apa sahaja. Yang pernah melaluinya sahaja yang erti.

Lewat itu, aku juga memahami keluhan ipar menjaga mertua dan keluhan adik menjaga mak. Keluhan mereka adalah sebagaimana yang ada dalam dadaku.

Hanya bezanya adalah... cara kami menerima dan menyerapkan ia ke dalam jiwa agar ianya tidak memakan diri.

Aku selalu berdoa, muga kunci yang aku pegang erat ini tidak pula aku patahkan di esok hari.

Doakan aku agar terus kekal menjagamu - ibu_suri... hingga akhir hayat ini!

7 ulasan:

Etuza Etuza berkata...

Sendu membaca..banyak betul ujian Im..banyakkan sabar ya..kunci pegang erat2...

saniah ibrahim berkata...

Saya faham IM sebab dah alami sendiri satu ketika dulu.Tak semudah kata2 nasihat sabar yang terima.

Nor Azimah berkata...

Sesekali mmg teruji juga.

Kak Yon berkata...

semuga IM terus tabah. jagalah kunci itu sebaik mungkin.Allah tidak akan menguji sesorang tanpa ada sebabnya. mungkin Allah akan memeberi ganjaran lebih besar buat IM..Aamiin..

hrusli61 berkata...

Bila sudah ada kuncinya selalu-selalulah membukanya dengan tidak putus-putus mengadu kepada Allah SWT yang memiliki kunci tadi. Dia meminjamkan kunci itu kepada kita selagi mana kita sudi menggunakannya sentiasa.

Masuk dengan pasrah laluan yang telah dibuka kuncinya. Jangan sekali-kali terdetik keraguan pabila melangkah. Penghujung jalan pasti akan kau temui jika tidak sini maka pasti di sana.

Istiqamah amalan terbaik untuk digalas di sepanjang perjalanan ini. Jangan keseorangan kerana perjalanan memerlukan sahabat-sahabat untuk sama jatuh dan bangun.

KIta serupa walaupun pun kadang-kadang ada yang tidak sama.

myliferia berkata...

Memang kalau kunci pintu utama hilang, kita masih lagi boleh keluar rumah menggunakan kunci dapur, tapi cabarannya tetap ada di situ.

Semoga IM terus diberikan kekuatan dan setiap keringat yang mengalir selama ini adalah bekalan untuk ke sana.

iryanty ahamad berkata...

kadangkala ujian yang datang buat kita lelah....